Rabu, 18 April 2012

FHI - Perbezaan Gempa Di Aceh Pada 2004 dan 2012 Kenapa Tiada Tsunami ?

Baru -baru ini Acheh telah di gemparkan lagi dengan satu gempa bumi yang kuat dengan skala 8.9 dimana ia di rasai di semenanjung malaysia. Tao sendiri tidak terlepas peluang merasai gegaran tersebut di Perak. Amaran Tsunami juga telah di keluarkan dan telah di tarik balik. Korang tau tak kenapa kejadian gempa kali ini tidak mendatangkan Tsunami ?
 
 
 
 
Kenangan bencana gempa bumi pada Disember 2004 dan tsunami masih segar di ingatan. Dimana mengorbankan 230,000 orang di seluruh lembangan Lautan Hindi dimana tsunami melanda di beberapa lokasi sehingga mencapai ketinggian sehingga 90 kaki.



Perbezaan gempa bumi yang menimpa Acheh pada tahun ini 2012 dan 2004 terletak pada interplate dan intraplate.

Dengan demikian gempa Aceh yang terjadi kali ini merupakan gempa intraplate, bukan interplate seperti gempa Aceh berkekuatan 9,1 skala Richter pada tarikh 26 Desember 2004. Gempa intraplate tidak menyebabkan tsunami yang besar seperti  gempa interplate yang berada di zon subduksi.

Gempa yang berlaku pada 2012 ini berbeza dimana jauh dari pesisir pantai dan mengalami perbezaan fault atau sesar. - Ms. Vaughan

Fault yang berlaku pada 2012 ini di panggil strike-slip faults, dimana pergerakan plat ini secara vertical dan berselisih antara satu sama lain tanpa mengubah ketinggian lantai laut. 


Manakala Pada tahun 2004 gempa yang mencetuskan tsunami hebat di sebabkan pusat gempa tersebut berada berdekatan dengan persisiran pantai dan juga disebabkan interplate. Dimana plat India bergelongsor bawah plat Myanmar dan menyebabkan tsunami.


Gempa bumi interplate berlaku apabila tenaga terikan yang disimpan di sempadan plat berkembang menjadi cukup kuat dan plat cuba untuk kembali ke kedudukan asal mereka. Tsunami disebabkan oleh gempa bumi interplate yang boleh mencapai magnitud lebih daripada 8 dan menyebabkan kerosakan dan kemusnahan ke atas kawasan yang besar.
taotauajer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...