Tora dan Ding Dang
Siapa tak kenal gula-gula ini. Tora dan Ding Dang berisi bebola bersalut coklat tetapi biasanya dibeli oleh kanak-kanak kerana mainan yang didapati secara percuma dengan pembeliannya. Tambahan pula pengiklanannya bagus. Siapa ingat suara latar pakcik Mat Sentul untuk iklan televisyen gula-gula ini?
Gula-gula Arnab Putih

Gula-gula import dari China ini enak kerana rasa susu, tetapi disyaki mengandungi bahan berbahaya dan ditarik dari dijual dari pasaran beberapa tahun lepas. Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Gula-gula Udang

Ini ialah kegemaran kami. Isi dalamnya diperbuat dari gula merah, disaluti susu dan sehelai kertas yang boleh dimakan, diperbuat dari beras. Nyam nyam!
Gula-gula Tablet

Juga dikenali sebagai gula-gula ubat kerana rupanya yang berbentuk tablet, gula-gula ini memiliki perisa susu yang kemudiannya dibezakan dengan perisa tambahan, antaranya ros, coklat, jagung dan kelapa.
Gula-gula Sugus

Gula-gula Sugus dikenali kerana ianya boleh dikunyah dan kenyal, rasanya biasanya dari rasa buah seperti oren, strawberi, mangga dan anggur.
Gula-gula Bendera

Pasti anda biasa melihat gula-gula ini bukan? Dikenali kerana bendera Malaysia, gula-gulanya terletak di ruang kosong dalam pemegang bendera. Rasanya seperti gula standard, sedikit rasa coklat dan disaluti pelbagai warna.
Nini Cokelat Celup

Satu paket mengandungi beberapa batang biskut yang boleh dicelup dalam coklat cair dan dimakan.
Trevor t-Drops

Yang ini agak mahal, jadi agak jarang juga dapat dibeli kanak-kanak. Ianya terdiri dari gula-gula keras pelbagai perisa buah yang disaluti serbuk yang tidak kami ingat jenisnya. Besar kemungkinan glukos.
Bubble-gum

Yang ini boleh dikunyah, menghasilkan perisa buah dalam mulut dan bila sudah cukup dikunyah, boleh ditiup menjadi belon. Klasik.
Gula-gula Kenyal

Yang ini teksturnya kenyal, ada sedikit seperti rasa marshmallow dan disaluti gula halus. Kami fikir rasanya sama saja seperti rasa buah limau, cuma warnanya yang berlainan.
Amaran: makan gula-gula dalam kadar yang banyak berbahaya untuk kesihatan
amazingnara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan