Khamis, 26 April 2012

6 nega6 Negara Asia Akan Jadi Tempat Latihan Tentera AS, Malaysia Tersenarai

Selain di Timur Tengah, kini Amerika memperkuatkan pangkalannya di Asia pula. Hal ini disampaikan oleh menteri luar Clinton dan begitu juga yang dinyatakan oleh Obama beberapa bulan yang lepas ketika melawat ke beberapa negara di Asia.

Negara Amerika ingin memperluaskan pengaruh kepimpinannya dengan lebih mendalam di pelbagai pelusuk dunia, terutama sekali  memfokuskan perhatiannya ke atas negara-negara Asia seperti China, bagi menguasai bidang ekonomi mahupun ketenteraan
 

Selepas perang dunia kedua,Washington sudah pun menjajah di negara-negara rantau Asia, termasuk membina pangkalan tentera yang semakin besar dari tahun ketahun. Di Australia, Korea Selatan, Jepun dan Filiphina, yang banyak mendatangkan masalah dan menimbulkan penentangan dari penduduk sekitar itu.

Semakin pesatnya Amerika menjual pelbagai peralatan tentera di pelbagai Negara Asia, secara besar-besaran di Negara-negara penjajahan, penambahan ribuan anggota tentera di pelbagai pangkalan tentera dan juga latihan peperangan yang semakin meluas, adalah merupakan tanda-tanda akan berlakunya perang besar di Asia.

Para pemerhati tentera juga mengatakan, selain sebagai "show power" Amerika terhadap China dan Negara-negara Asia selaku aset dunia, juga memberikan beberapa aset syarikat penting Amerika yang sudah lama mengeksploitasi sumber alam di rantau Asia, terutama di Malaysia dan Indonesia.

Baru-baru ini, Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan latihan perang bersama-sama. Laporan AFP, Senin (27/2/2012). Jurucakap tentera AS berkata, latihan perang Key Resolve merupakan latihan perang gabungan AS dan Korea Selatan yang akan berlangsung hingga 9 Mac akan datang. Sementara itu pada 1 Mac hingga 30 April, kedua-dua AS dan Korea Selatan akan mengadakan latihan ketenteraan lain yang berpangkalan di foal Eagle.

AS menempatkan 28,500 pasukannya di Korea Selatan, pesawat jet F-15 AS juga sudah berada dalam keadaan siap sedia untuk berperang. AS dan Korea Selatan juga sudah mempersiapkan pesawat pengintip serta meriam di kawasan sempadan Korea Selatan dan Korea Utara.

Pada hari Sabtu minggu lalu, Korea Utara sudah memberi amaran, bila ada peluru meriam dari Korea Selatan masuk ke perairan Korea Utara, Korea Utara akan terus menyerang dan menggagalkan latihan perang itu. Korea Utara pun berjanji akan melancarkan serangan balas ke Korea Selatan.

"Pasukan dan rakyat kami akan menggagalkan tindakan dari para pengkhianat (AS dan Korea Selatan) dan melancarkan perang ala Korea Utara," ujar pegawai Korea Utara.

Pertengahan Februari yang lalu enam negara Asia baru saja menyelesaikan latihan perang bersama Amerika. Komando Armada AS Asia Pasifik (US Pacific Command / USPACOM) 2012 memikirkan latihan perang Gabungan Bersama (Latgabma) dengan gelaran "Cobra Gold" 2012 di Thailand. Keenam buah negara tersebut adalah Thailand, Indonesia, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia.

Latihan dilaksanakan dalam dua tahap iaitu Geladi Posko dan Geladi Gelanggang. Delegasi Indonesia yang tergabung dalam Cobra Gold 2012, berjumlah 75 anggota, di-pimpin oleh Naib Ketua Pusat Kesihatan (Wakapuskes) TNI Brigjen TNI dr Daradjatun Moejiono.

Kadispenum Puspen TNI, Kolonel Cpl Minulyo Awang, menjelaskan, tujuan latihan ini adalah untuk melaksanakan kegiatan perancangan pasukan gabungan mengikut senario yang diperanggapkan dan menghasilkan cara bertindak (Course of Action) yang diluluskan untuk diputuskan dalam Geladi Posko (Command Post Exercise / CPX Cobra Gold 2012 ).

Selain itu, untuk meningkatkan kerja sama tentera pelbagai negara dalam rangka operasi tentera selain perang (OMSP) khususnya operasi keamanan dunia, dan bantuan kemanusiaan. Hal terpenting yang menjadi kriteria kejayaan pada akhir latihan, bukan terletak pada produk perancangan operasi yang akan diadakan dalam suatu negara yang secara rasmi meminta bantuan dunia antarabangsa, namun yang terpenting dalam kegiatan ini adalah usaha peningkatan hubungan persahabatan antara negara-negara yang terlibat dalam latihan, katanya.

Secara umumnya matlamat yang dibangunkan dalam latihan adalah penerapan mekanisme prosedur hubungan Komandan dan Staf (MDMP-M/Military Decision Making Process - Multinational), khususnya dalam perancangan kakitangan terhadap operasi keamanan dunia, yang melibatkan pasukan tertentu melalui pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan PBB Chapter VII dan proses peralihan kepelaksanaan Chapter VI.

Jurucakap TNI Laksamana Muda Iskandar Sitompul mengatakan, "TNI mengikuti dua jenis latihan iaitu bantuan kesihatan tentera dan kemampuan kompi zeni. Fokus dari latihan bersama kali ini adalah meningkatkan perkongsian dan tenaga antara tujuh buah negara yang bergabung dalam latihan itu," jelas Laksamana Muda Iskandar Sitompul, pada Isnin  (6/2) lalu.

Menurut data Jabatan Pertahanan AS, latihan bersama kali ini juga memasukan bahan latihan komando yang menggunakan komputer, semasa latihan dan sesudah latihan. Latihan juga difokuskan pula pada latihan peningkatan operasi keamanan PBB, dan bantuan kemanusiaan.
HALIMISLAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...