Tiada siapa yang tahu jawapan sebenarnya tetapi terdapat teori yang mengatakan bahawa tidur dapat memberikan badan peluang untuk membaiki otot dan tisu, melambatkan penuaan serta menggantikan sel yang mati. Selain itu, tidur juga memberikan otak peluang untuk menyusun dan menyimpan ingatan. Mimpi merupakan sebahagian daripada prosesnya. Tidur juga merendahkan penggunaan tenaga, jadi kita hanya perlu makan tiga kali sehari berbanding empat atau lima.
Menurut ScienceNews Online, kucing yang tidak tidur akan mengeluarkan lebih banyak adenosin (sejenis bahan kimia yang memainkan peranan penting dalam proses biokomia badan terutama dalam pemindahan tenaga). Tidur adalah satu cara mengecas semula otak menggunakan adenosin sebagai isyarat bahawa otak perlu berehat.
Apabila rembesan adenosin mempengaruhi aktiviti otak, peningkatan kepekatan bahan kimia ini akan membakar simpanan tenaga dan perlu direhatkan buat sementara waktu. Biasanya, paras adenosin dalam otak meningkat semasa sedar dan menurun ketika tidur. Dengan tidur lena pada malam hari, kita akan berasa segar dan bersedia untuk hari baru.
estidotmy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan