Jumaat, 27 Julai 2012

Cara Membuat Air Jagung Yang Sedap

Assalam...nak kongsi resepi air jagung yang  buat untuk iftar baru-baru ini...simple and senang jer, sedap plak tu!

 






Bahan-bahan:
1 tin krim jagung
1/2 tin susu sejat
Gula secukup rasa
Garam secubit
Ais

Cara membuatnya:
Campurkan krim jagung dan susu sejat ke dalam jag atau mangkuk.
Masukkan gula secukup rasa, juga secubit garam (untuk membangkitkan lemak)
Kemudian,campurkan ais.
Siap!

Tips untuk lebih sedap:
Bagi yang suka, boleh campurkan ais krim soda (rasa macam sirap bandung soda)
Atau boleh juga campurkan dengan biji selasih atau nata-de-coco yang telah dicincang.

Okey, selamat mencuba!

 
billyinfo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...