Ahad, 22 Julai 2012

Sejarah Enjin Turbo


Sebut saja turbo,semua akan terbayang kereta-kereta idaman Malaya dan 80% akan membayangkan Mitsubishi Lancer Evolution serta Kancil modified L5. Tapi,tahukah anda mengenai asal usul enjin yang menjadi kegilaan pemilik kereta diseluruh dunia? Turbo ialah alat pemampat gas yang dijana oleh turbin. Tugas turbo ini ialah meningkatkan ketumpatan udara masuk ke enjin untuk memberi lebih kuasa.









Pengecas turbo pertama dicipta oleh seorang jurutera dari Switzerland bernama Dr. Alfred J. Buchi. Beliau merupakan ketua jurutera di Sulzer Brothers Research Department. Ciptaannya telah dipatenkan pada tahun 1905 dan pada tahun 1915,prototype pertama enjin pengecas turbo diesel telah dikeluarkan namun kurang mendapat sambutan pada ketika itu.


Semasa perang dunia pertama,jurutera Perancis bernama Auguste Rateau telah memasang pengecas turbo pada enjin-enjin Renault yang digunakan pada pelbagai pesawat pejuang Perancis dengan sedikit kejayaan. Pada tahun 1918,Sanford Moss seorang jurutera General Electric telah memasang turbo pada enjin kapal terbang V12 Liberty. Ia telah diuji di Pikes Peak,Colorado pada ketinggian 4300m untuk diuji samada ianya boleh digunakan pada altitud tinggi.


Pengecas turbo mula dikeluarkan pada enjin kapal terbang pengeluaran pada tahun 1930an sebelum Perang Dunia Kedua. Tujuan utama penggunaan pada kapal terbang adalah untuk membolehkan kapal terbang untuk terbang pada ketinggian yang lebih tinggi, dengan meningkatkan tekanan atmosfera yang rendah pada altitud tinggi. Kapal terbang seperti P-38 lightning, B-17 Flying Fortress, danP-47 Thunderbolt kesemuanya menggunakan pengecas turbo bagi meningkatkan kuasa kuda enjin pada altitud tinggi.


Enjin turbo kereta pengeluaran pertama dikeluarkan oleh General Motors pada tahun 1962. Kereta Oldmobile Cutlass Jetfire dan Chevrolet Corvair Monza Spyder kedua-duanya dipasang dengan pengecas turbo. Saab merupakan pengeluar kereta pertama yang berjaya memasang pengecas turbo pada kereta pengeluaran biasa. Ia terhasil daripada pengenalan injap wastegate yang berfungsi melegakan tekanan berlebihan.


Enjin kereta turbodiesel pertama di dunia ialah kereta Mercedes 300SD dan Peugeot 604, kedua-duanya diperkenalkan pada tahun 1978. Kini, sebahagian besar kereta diesel menggunakan pengecas turbo. Lori turbo pertama dikeluarkan oleh "Schweizer Maschinenfabrik Saurer" (Swiss Machine Works Saurer) pada tahun 1938.


 Sumber : Turbo History

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...