Jumaat, 27 Julai 2012

Bau Mulut di Bulan Ramadhan

Sebelumnya itu mari kita baca petikan hadits Rasulullah tentang bau mulut di bulan puasa yang di ceritakan oleh sahabat Abu Hurairah.
Abu Hurairah r.a, berkata, “Rasulullah bersabda, ‘Allah berfirman, (dalam satu riwayat: dari Nabi, beliau meriwayatkan dari Tuhanmu, Dia berfirman 8/212), “Setiap amal anak Adam itu untuknya sendiri selain puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Ku (dalam satu riwayat: Tiap-tiap amalan memiliki kafarat, dan puasa itu adalah untuk Ku 8/212), dan Aku yang membalasnya. Puasa itu perisai. Apabila ada seseorang di antaramu berpuasa pada suatu hari, maka janganlah berkata kotor dan jangan berteriak-teriak (dan dalam satu riwayat: jangan bertindak bodoh 2/226).




Jika ada seseorang yang mencaci makinya atau memeranginya (mengajaknya bertengkar), maka hendaklah ia mengatakan, ‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa.’ (dua kali 2/226) Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sungguh bau mulut orang yg berpuasa di sisi Allah adalah lebih harum daripada bau kasturi,bagi orang yg berpuasa ada dua kegembiraan yg dirasakan yaitu: apabila berbuka,ia bergembira dan apabila ia bertemu dengan Tuhannya ia bergembira kerana puasanya itu.
Semmg tidak dapat dinafikan bau mulut bagi org yang berpuasa ini tidak berapa menyenangkan terkadang lebih hebat jika org itu atau kita sendiri memakan makan yang mengeluarkan bau-buaan yang memualkan...seperti petai, jering dll. Namun itu semua utk didunai ini sahaja, jika kita baca hadis diatas ada mengatakan harumnya bau mulut org yang berpuasa ini di akhirat kelak lebih harum daripada kasturi. Sebaiknya kita juga boleh jugak mengambil langkah-langkah perlu bagi mengurangkan bau mulut ini dgn tidak mengambil makanan yang berbau, jaga kebesihan diri, mencuci gigi dan sebagainya jika perlu gunakan sapu tangan ketika berurusan dengan org lain utk menutup sedikit mulut kita bagi mengelakkan bauan yang kurang nyaman itu.

Langkah perlu agar mulut tak bau:
1. Buatlah permeriksaan doktor gigi secara teratur. Setidaknya enam bulan sekali.
2. Banyak minum air putih dapat mengeluarkan partikel makanan dan bakteria juga merangsang produksi air liur.
3. Jaga amalan permakanan kita . Rajinlah gosok gigi, sekurang2nya dua kali dgn berus gigi yg sempurna dan cara yang betul . Jangan lupa gosok sikit juga lidah anda. Ganti berus gigi setiap 2-3 bulan sekali. gunakan flos dan kumurlah dengan antiseptik.
4. Khusus di bulan puasa ini biasakan menggosok gigi setelah sahur atau sebelum solat subuh dan setelah berbuka puasa.

Kita juga kadang2 berurusan juga secara langsung dgn org atau org lain berurusan langsung dgn kita jadi sesekali terkeluar bauan yang kurang menyenangkan ini tentu menganggu sedikit urusan seharian kita. Jadi langkah-langkah diatas mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan tips dapat membantu menceriakan urusan seharian kita di sepanjang bulan ramadhan al mubarak yang mulia ini.

~Selamat berpuasa~
madahtazkirah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...