Ahad, 29 Julai 2012

Waktu Afdhal Bayar Zakat Fitrah


Assalamualaikum WBT,
Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurna dan melengkapkan ibadat puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun tersebut.

Abdullah bin Umar berkata maksudnya: “Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah pada Ramadhan ke atas umat Islam secupak tamar atau secupak gandum sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Waktu untuk membayar zakat fitrah dibahagikan kepada 5.








  1. Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu yang paling afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya
  3. Waktu sunat : Sepanjang bulan Ramadhan.
  4. Waktu makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  5. Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Oleh itu, pilih waktu yang bersesuaian dari No.1 hingga No.3 dan jangan masuk kepada waktu makruh dan waktu haram. Kadar zakat fitrah juga telah ditetapkan di negeri masing-masing.
Antara hikmah menunaikan zakat fitrah pula adalah seperti berikut :
  • Dapat menyucikan diri dan jiwa dari sifat-sifat yang tercela seperti tamak, kedekut, hasad dengki, sombong, takabbur, pentingkan diri sendiri, cintakan dunia dan lain-lain.
  • Membentuk akhlak dan peribadi mulia seperti infaq, sedeqah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang kurang berkemampuan serta tidak bernasib baik, dan fakir miskin.
  • Mengembangkan harta dan mensucikannya .
  • Merupakan satu cara untuk menunjukkan rasa syukur diatas nikmat yang dikurniakan Allah SWT keatas dirinya
  • azwandengkil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...