Sabtu, 28 Julai 2012

Kos rawatan swasta dijangka naik

Cadangan bayaran kos perundingan dan rawatan bagi doktor serta pakar perubatan swasta yang tidak disemak lebih 10 tahun lalu akan dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat.

Ia susulan pindaan kepada Jadual Ke-13 mengenai Bayaran Profesional, Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) Peraturan 2006 yang menetapkan kadar bayaran profesional kira-kira 12,000 pengamal perubatan, doktor serta pakar swasta di negara ini.







Difahamkan, kos perundingan dan rawatan itu dijangka naik 14 peratus, iaitu separuh dari permintaan industri yang memohon caj profesional pihak terbabit, dinaikkan antara 20 hingga 30 peratus berdasarkan kenaikan tahunan indeks harga pengguna (CPI) dua hingga tiga peratus sejak 10 tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ketika ini semakan jadual bayaran doktor dan pakar telah siap kecuali jadual bayaran bagi doktor gigi.

Bayaran profesional pengamal perubatan, doktor dan pakar swasta memang disemak setiap lima tahun sekali. Kabinet akan membuat keputusan mengenainya, katanya selepas merasmikan Pusat Neurosains dan Ortopedik ANOC di Menara BRDB, di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Pusat Neurosains dan Ortopedik ANOC Sdn Bhd, Dr Chee Chee Pin.

Malaysia antara negara di rantau ini yang mengawal dan menetapkan kadar bayaran profesional bagi pengamal perubatan, doktor dan pakar perubatan swasta bagi memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatannya tidak membebankan rakyat.
berita harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...