Rabu, 8 Ogos 2012

ZAKAT : Siapa Yang Layak Terima?

 

Sesungguhnya tidak layak menerima zakat kecuali orang islam, kerana zakat adalah urusan ibadat. Sedangkan orang tidak islam dianggap derhaka kepada Allah SWT.
Orang yang mengeluarkan zakat bererti sanggup korbankan harta yang disayangi, kepada orang disayangi Allah SWT iaitu dari kalangan orang islam juga.
Hanya orang islam mempunya sifat dengan sifat asnaf lapan, layak dan berhak terima zakat. Semuanya seperti dinyatakan di dalam al-quran surah At-Taubah ayat 60.







Pertama : ialah “al-fuqara” iaitu orang islam yang tiada mempunyai harta serta tiada upaya untuk bekerja.
Allah SWT letak “fakir” di tempat pertama untuk diberi zakat , sebangai golongan yang mesti diberi keutamaan dalam memberi zakat .

Jika ada makanan dan pakaian untuk dipakai pada hari ini, mereka sudah terkeluar dari takrif “fakir” tetapi ia tergolong dari golongan miskin.Tetapi jika makanan mencukupi untuk setengah hari sahaja, maka ia tergolong fakir.

Andainya dia hanya mempunyai baju sehelai tanpa seluar dan kasut, baju yang sehelai itu dijual tidak juga dapat menampung keperluan setengah hari, jelaslah dia seorang fakir.

Tetapi kalau mengikut keadaan sekarang hampir tiada fakir di atas muka dunia ini, namun lantaran islam itu “syumul” maka golongan fakir dibincangkan juga untuk melengkapkan perbahasan.Sesiapa yang boleh melakukan pekerjaan, maka keupayaan untuk melakukan kerja itu menyebabkan dia terkeluar daripada senarai fakir.Sekiranya seseorang itu menuntut ilmu islam dengan tujuan untuk mengetahui , bukan hanya sekadar duduk sahaja didalam rumah.

Lantaran, masa telah disibukkan dengan belajar dia tidak dapat melakukan pekerjaan cari rezeki, jika dia bekerja bererti masa belajarnya terngangu .

Kedudukan golongan tersebut dalam kategori fakir juga, dan orang tidak boleh mengambil kira kedudukan upaya bekerja, kerana masanya telah terikat dengan tugas menuntut ilmu.

Sekiranya seseorang di kalangan penuntut ilmu semata – mata untuk beribadat , tidak usah di beri harta zakat kepadanya. Agama menasihat orang seperti itu bekerja untuk menyara diri. Kerana bekerja lebih diutamakan dari makan harta zakat.

Kedua : ialah golongan “al-masakin”, iaitu orang yang pendapatanya tidak dapat menampung keperluan harianya.Seseorang mempunyai wang seribu dirham, kadang kala masih diira miskin, selagi wang tersebut tidak dapat menampung keperluan harian.

Tetapi berbeza dengan seorng mempunyai seutas tali dan sebilah kapak, dalam islam islam orang itu boleh dikategori sebagai kaya. Kerana dengan sebilah kapak dan seutas tali dia dapat mencari kayu di hutan , boleh dijual dan hasilnya kadang kala melebihi keperluan harian keluarganya.

Kekurangan duit di tangan bukan semata mata menjadi ukuran , sebaliknya keupayaan untuk berusah menyara keluarga seharian, boleh menyebabkan terkeluar dari senarai fakir dan miskin.Bahkan dia boleh dianggap kaya, hilang kelayakan untuk menerima harta zakat dari asnaf fakir miskin.Masih dikira miskin seoang yang mempunyai gobok ( duairah) tempat keluarga berteduh serta mempunyai pakaian pada tubuh , begitu juga mempunyai perkakas rumah dan kitab fiqh sekadar yang diperlu.

Ketiga : ialah “ al – mualaf” orang yang dijinakkan hatinya dengan islam, iaitu orang yang baik hati dan taat dikalangan kaumnya.Meskipun dia seorang yang kaya raya tetapi disebabkan memeluk islam , mereka mempunyai hak untuk menerima zakat.

Apabila diberi harta zakat boleh mematapkan dia dalam islam, boleh mencetuskan rasa keinginan di hati kawan taulannya untuk memeluk islam.

Kelima : ialah “al – ar riqab” ialah untuk membebaskan hamba sahaya dari tuannya. Kewujudan hamba ekoran daripada kekalahan dalam peperangan. Orang yang di tawan di anggap hamba.{sekarang hamba tidak wujud lagi}.

Keenam : ialah “al-gharimun” iaitu orang yang menanggung hutang, ialah orang berhutang untuk taat pada Allah SWT atau berhutang untuk perkara harus dalam keadaan dia berhajat tetapi dalam keaadan fakir.

Sekiranya berhutang dalam perkara maksiat kepada Allah SWT, maka tidak boleh diberi zakat kecuali dia bertaubat.Sekiranya dia berhutang dalam keadaan dia kaya , tidak boleh diberi zakat kecuali dia berhutang untuk maslahah agama dan memadamkan fitnah yang berlaku dalam masyarakat.

Ketujuh : ialah golongan yang terlibat dengan peperangan menentang musuh islam , kepada mereka boleh diberi satu saham harta zakat sekalipun dia kaya raya, kerana dia terlibat dengan peperangan penting menentang musuh islam.Antara mufassirin ada yang berpendapat : pada jalan Allah itu mencakupi kepentingan umum seperti seperti mendirikan sekolah , rumah sakit dan lain lain lagi.

Kelapan :ialah “ibnu sabil” orang yang keluar daripada kampung bukan tujuan untuk melakukan maksiat. Misalnya orang keluar negeri untuk mencari pekerjaan, bekerja cari rezeki itu ada kalanya menjadi wajib atau sekurang kuarngnya harus.
 mfmbskoop.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...