Jumaat, 24 Ogos 2012

Senarai 18 Jalan Di Tutup Sempena Kemerdekaan 2012


 
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 dan Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, sebanyak 18 jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos ini bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar.




Menurut Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Superintendan, Zuraidah Samsudin, penutupan jalan dilaksanakan berperingkat mulai jam 6 pagi dan akan dibuka semula selepas acara selesai.

Katanya, semua jalan ditutup adalah untuk acara utama perbarisan di Dataran Merdeka yang diadakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada 31 Ogos 2012.

Jalan yang ditutup adalah:
  • Jalan Travers/Jalan Damansara
  • Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
  • Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara)
  • Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah
  • Jalan Tembusu/Jalan Lembah
  • Jalan Cenderasari/Jalan Perdana
  • Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
  • Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin
  • Jalan Raja/Jalan Hishamuddin
  • Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin
  • Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
  • Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen
  • Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut
  • Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman
  • Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi
  • Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman
  • Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
  • Jalan T.A Rahman/Jalan Raja Manakala, bagi acara Perhimpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, pula tiada penutupan jalan dibuat.

    “Acara berkenaan dijalankan pada 31 Ogos juga, bermula jam 4.00 petang dan dijangka tamat jam 12.30 malam,” katanya.
    mummynemo

2 ulasan:

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...