Khamis, 16 Ogos 2012

Fenomena Mengadakan Rumah Terbuka

Tradisi masyarakat kita adalah mengadakan rumah terbuka ketika di hari raya. Tradisi ini disambut baik dan ia mampu mengeratkan ukhuwah di antara satu sama lain. Namun rumah terbuka perlu dikawal agar tidak berlakunya pembaziran.

Konsep rumah terbuka ini adalah sesuatu yang baik sekiranya dilaksanakan mengikut lunas-lunas dan ajaran Islam yang mulia. Namun, apabila ia dilaksanakan dengan mengabaikan tuntutan syarak, maka ia tidak lagi menjadi ibadat sebagaimana yang diharapkan. Antara tujuan mengadakan ‘rumah terbuka’ ialah untuk menghidupkan amalan ziarah-menziarahi pada hari raya. Sebagaimana yang dimaklumi, amalan saling ziarah menziarahi pada hari raya merupakan tradisi yang disyariatkan di dalam Islam.
 





Namun, kadang-kala berlaku, ‘rumah terbuka’ yang diadakan itu hanya menjemput golongan tertentu sahaja, yang mengakibatkan amalan ziarah-menziarahi tidak berkembang kepada golongan yang lain. Sesetengah orang pula tidak akan menziarahi rakan taulannya melainkan setelah dibuat ‘rumah terbuka’. Seolahnya amalan ziarah tertakluk kepada adanya rumah terbuka. Sekiranya tiada rumah terbuka, maka amalan ziarah tidak akan dilakukan pada hari raya. Sedangkan apa yang dikehendaki oleh Islam ialah, amalan ziarah-menziarahi itu hendaklah dilakukan bagi menghubungkan ikatan silaturrahim dan hubungan yang erat dalam kalangan umat Islam walaupun dengan ketiadaan ‘rumah terbuka’.

 Apa yang lebih penting ialah amalan saling ziarah- menziarahi di antara satu sama lain seperti menziarahi orang tua, saudara-mara, kaum kerabat,  jiran, para guru dan sahabat-handai  sebenarnya tidak terbatas dengan adanya ‘rumah terbuka’ atau pada hari raya sahaja, tetapi ia perlulah dilakukan dari semasa ke semasa demi mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan sesama kita.

Apatah lagi sekiranya ‘rumah terbuka’ yang diadakan telah menyebabkan berlakunya pembaziran, maka ia amat ditegah oleh ajaran Islam. Walaupun hidangan dan juadah yang disajikan semasa ‘rumah terbuka’ tentulah menyelera dan mengasyikkan kita yang melihatnya. Ketupat, lemang, rendang, biskut, kek dan banyak lagi merupakan nikmat dan rezeki yang Allah berikan kepada kita. Namun janganlah sampai membazir!

Akibat terlalu lahap makan dan minum, ‘sang penyakit’ mula menyerang kita tanpa kita ketahui. Sakit perut, darah tinggi, kencing manis dan sewaktu dengannya adalah penyakit yang selalu kita dengar dan perolehi sejak akhir-akhir ini. Cara pemakanan yang kurang teratur dan stabil adalah punca utama. Pepatah Arab ada mengatakan: “Perut itu pangkal (punca) penyakit dan berjaga-jaga (berpantang) itu pangkal penawar.”

  Ini adalah peringatan buat diri kita sendiri. Bersederhanalah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Sebaik-baik perkara ialah yang sederhana. Memangtidak salah untuk mengadakan rumah terbuka dan itu adalah perkara yang amat digalakkan kerana secara tidak langsung kita apat merapatkan ukhuwah di antara satu sama lain. Selain itu kita juga dapat meraikan tetatu yang datang berkunjung
melayukini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...