1. Kucing tidur paling lama di antara haiwan lain, iaitu sekitar 16 jam. Namun kita percaya jika manusia itu terdiri dari ketegori haiwan pasti manusialah yang dinobatkan sebagai petidur paling lama, kerana ada kalangan rakan-rakan kita yang mampu tidur lebih 16 jam sehari.
Pak cik ini mampu tidur lebih 16 jam sehari. Saya pasti.
2. Kucing merupakan seekor binatang yang bijak. Di dalam dunia haiwan, IQ kucing hanya mampu ditandingi oleh monyet dan cimpanzi. Walaupun monyet dan cimpanzi lebih bijak daripada kucing, namun setakat ini tidaklah dapat dijumpai peribahasa melayu yang berbunyi alim-alim monyet atau alim-alim cimpanzi, melainkan alim-alim kucing jua.
3. Tahukah anda kencing kucing mampu bernyala di dalam gelap. Namun janganlah anda beranggapan bahawa semua barang yang glow in the dark itu menggunakan kencing kucing. Rakan sekelas saya mempunyai sehelai baju t glow in the dark yang pernah disarungnya ke kelas, nanti apa pula kata dia.
4. Kucing atau nama saintifiknya felis catus terutama kucing rumah merupakan salah satu haiwan pemangsa terhebat di dunia. Kucing mampu membunuh atau memakan beberapa ribu spesis mengalahkan kucing besar (seperti singa, harimau dan sebagainya) yang hanya mampu memburu kurang dari 100 spesis. Namun begitu haruslah diinsafi bahawa anda dan saya juga termasuk dalam golongan 100 spesis tersebut.
5. Kucing tergolong dalam haiwan yang sangat pembersih. Mereka sering mambasuh diri dengan menjilat-jilat bulu mereka yang di mana air liur tersebut merupakan agen pembersih yang kuat. Namun begitu janganlah anda menjilat-jilat tubuh sendiri di hadapan rakan-rakan anda semata-mata untuk menunjukkan anda seorang yang pembersih.
6. Singa merupakan raja segala kucing. Singa berbeza dari jenis kucing yang lain, bukan hanya pada penampilannya sahaja, tetapi juga dari sifatnya yang hidup berkelompok. Berat seekor singa jantan mampu mencapai 225kg (500lb) dan panjangnya hingga 3m (10ft). Singa juga digelar sebagai raja rimba. Namun begitu jalan cerita komik Raja Rimba karya Ma Wing Shing bukanlah berkisar tentang kehidupan singa-singa di Afrika.
7. Antara salah satu cara seekor kucing mempamerkan taat setianya ialah dengan berguling-guling di atas lantai. Tetapi tatkala anda disoal siasat oleh teman wanita/lelaki anda kerana kantoi keluar tengok wayang cerita hantu dengan wanita/lelaki lain, janganlah anda berguling-guling di hadapannya semata-mata ingin membuktikan taat setia anda yang tidak berbelah bagi.
kfein
Tiada ulasan:
Catat Ulasan