Assalamualaikum
Kali ni saya nak kongsi dengan anda 10 Adab Terhadap Diri Sendiri. Setiap orang seharusnya mempunyai keperibadian mulia bagi mencerminkan diri sendiri, lebih-lebih lagi sebagai orang yang beragama Islam yang penuh dengan kesempurnaan. Sebelum kita ingin menjadikan diri sebagai contoh serta teladan kepada orang lain, kita perlu mengenal beberapa adab terhadap diri sendiri dahulu.
- MeNjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara menyucikan diri.
- Memotong kuku tangan dan kaki setiap minggu. Sebagai umat Islam, kita tidak digalakkan menyimpan kuku yang panjang kerana ditakuti menyimpan najis. Lebih baik berkuku pendek dan ia nampak lebih kemas.
- Memotong rambut apabila sudah panjang. Seandainya seseorang menyimpan rambut yang panjang, jagalah kebersihan dan menyikat rambut agar kemas dan rapi.
- Jangan mengadap kiblat sewaktu meludah, membuang hingus dan kahak. Lebih elok anda memandang ke arah yang lain dan lakukan perkara itu bukan di depan orang lain.
- Sentiasa mengutamakan bahagian kanan. Dahulukan kanan dalam semua perkara seperti makan, minum, mengambil wuduk, mandi, memakai pakaian, memakai kasut, memotong kuku, mengambil dan memeberi barang. Utamakan bahagian kiri untuk membuang hingus, membuang sampah, menanggalkan pakain dan beristinjak.
- Mengalihakan wajah ketika bersin dan mengelakkan daripada terkena muka, makanan dan barang orang lain. Anda boleh gunakan sapu tangan atau tisu untuk menekup mulut anda dan memperlahankan suara sebeoleh yang mungkin.
- Memuji Allah menyebut " Alhamdulillah " (Segala Puji Bagi Allah) Sesudah bersin. Orang yang mendengarnya pula hendaklah menjawab " Yarhamukallah " (Semoga Allah Merahmatimu). Kemudian orang yang bersin itu pula menjawab " yahdii kumullah wa yushlihu balaakum " (Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki hatimu).
- Meletakkan tangan dimulut apabila menguap. Ini kerana menguap dengan mulut terbuka memang kelihatan tidak sopan, selain dapat menghindarkan sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Sekiranya boleh, jangan menguap dengan membunyikan suara atau jangan membunyikan suara langsung. Setelah menguap, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah kerana ada pendapat yang menyatakan menguapa adalh salah satu tanda kemalasan. Allah tidak suka pada kemalasan dan menguap adalah sesuatu perbuatan daripada syaitan.
Adab menguap :- Menahan dengan sekuat-kuatnya.
Sebagaimana Hadits Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam :
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda ;
Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci menguap, maka jika salah seorang dari kalian bersin dan membaca hamdalah maka merupakan hak bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan Yarhamukallah, adapun menguap maka itu dari setan, maka jika salah seorang dari kalian menguap maka hendaknya ia menahannya semampunya, karena sesungguhnya jika salah seorang dari kalian menguap, syaitan ketawa melihatnya.” (HR. Al – Bukhari) - Seandainya tidak bias ditahan maka hendaknya di tutup rapat-rapat dengan tangan.
- Tidak ada keterangan untuk membaca doa-doa tertentu ketika kita sedang atau setelah menguap.
- Mengingati Allah dan bersyukur apabila melihat wajah di cermin. Doa apabila melihat cermin.
Tips utk wajah sentiasa muda + cantik semulajadi
1) Sebelum cuci muka, selawat 3 kali, setiap hari.
2) Amalkan membaca doa melihat cermin, moga cantik luaran dan jua dalaman.Amin.
- Ikhlas kerana Allah dalam semua perkara. Jadikan matlamat utama kehidupan sebagai mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan