Isnin, 13 Ogos 2012

Kompilasi Pantun Raya Terbaik oleh Blogger

Nak sajikan hangpa kompilasi pantun-pantun terbaik sepanjang zaman hasil idea kreatip masuk air geng-geng "Blogger Apakah?"..gila hebat2 belaka pantung deorang nih..kalau nak kopi letak kat status ka, nak hantaq sms ka, nak rebus buat megi ka memang sesuai weh..jom layan!
Produk simplysiti produk safi,
di pakai selalu wajah berseri,
Salah silap mohon dimaafi,
Selamat hari raya aidilfitri..
-oleh jiwa lara-
 
 
 
 
Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.
-akmal hakim-
 
 
 terang sungguh panjut pelita,
meriah terangi malam gelita,
aidifitri bakal menemui kita,
salam dihulur maaf di pinta 
-babyzyra roxx-
bunyi mercun menyakitkan telinga ,
aku melatah bagai nak gila ,
rupanya dah nak cukup sebulan berpuasa ,
maknanya raya dah nak tiba.
-ainina jelani-
 
 
‎MK Syahir main bunga api berlari-lari
Nak main mercun mak tak bagi
Selamat hari raya Aidilfitri
Duit raya mohon dibagi !
-farahin ali-
blogger apakah group paling istimewa
selalu kecoh tak kira masa
walau disini sahaja kita bersama
selamat makan kuih raya hangpa2 semua ♥
-eyda syahida-
Aidilfitri Hari Kemaafan;
Menghapus Kesalahan Sesama Insan;
Memupuk Perpaduan Sesama Ehsan;
Mengikat Tali Keakrapan.
-shafuan kechik-
anak kera melompat-lompat
melompt-lompt ats perigi
duit raya dah dapat
kuih raya x laku lagi
-idup biar begar-
kail ikan tepi paya
sambil usya abam bangla
amenda raya-raya?
kita cari "laila" dulu laaa
-she shi-
Kain Pelikat Panjang Sedepa
Hendak DiBuat Persalinan Raya
Keberkataan Ramadahn Harus DiJaga
Agar Aidilfitri Lebih Bermakna
-pari-pari putih [PPP]-
Esok raya aidilfitri,
boleh kita makan ketupat,
raya sana raya sini,
Tapi haram duit raya tak dapat
-potia casadelarossa-

Pekena nasik kat kedai mamak lauk ayam goreng......
pastu minum air siraP Limau kurang manis...
kalau naik motor jangan nak wenggg wenggg...
nanti lu beraya kat spital dengan nurse yang manis....
-potia casadelarossa-

2,3 kucing berpantun
mana nak sama si hari raya
aku takreti pepantun
selamat hari raya.
-shawn razaleigh-

Makin nk raya makin sunyi,
mana perginya gelak ketawa,
hanya MK Syahir menyanyi,
gua hanya duduk ketawa..
-zul de alexis-






Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
-ain dzaya-
Anak Mak Limah namanya Yaya,
Di pagi raya teringin nak makan ikan patin,
harap-harap raya tahun ni dapat banyak duit raya,
Selamat Hari raya Maaf Zahir Dan Batin!
-iza zaty-
selalunya lepas raya banyak kuih yang terbuang,
tulah orang kita suka sangat membazir,
harap-harap time raya ni ada banyak masa terluang,
wa dah set nak tolong design blog abang wa MK Syahir.
-eyja mazliza-
jenuh berfikir pantun hang ni ,
baju raya tak beli lagi ,
tak berenti fikir hari-hari ,
berapa agaknya duet raya aku tahun ni 
-nazeera mazlan-




beli petrol dipasar tani,
di beli bersama kuih keria,
pasaipa eksaited sangat ni,
puasa tak penuh ada hati nak raya!
-mk syahir-

perghhh..amacam?mengancam dak pantun-pantun depa nih?kalau nak kopi pantun nih aku rasa depa ok ja kot :)
 mksyahir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...