Puasa 6 hari di bulan Syawal ( bulan setelah bulan Ramadhan ) sangat dianjurkan, hal ini terlihat dariberbagai hadits dan sumber rujukan berikut :
Abbu Ayyub Radiallahu `anhu meriwayatkan, Nabi Salallahu `alaihi wasallam bersabda: "Barangsiap berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan ( puasa ) enam hari dibulan Syawal, maka( pahalanya ) sama seperti berpuasa selama satu tahun. ( HR. Mulsim )."
Imam Ahmad dan Nasa`i, Meriwayatkan dari Tsauban, Nabi Salallahu `alaihi wasallam bersabda : "Puasa Ramadhan ( ganjarannya ) sebanding dengan ( Puasa ) Sepuluh bulan, Sedangkan puasa enam hari ( di bulan Syawal Pahalanya ) sebanding dengan ( Puasa ) dua bulan, maka itulah bagaikan puasa selama setahun penuh." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahih Mereka.) "
Membiasakan diri puasa setelah Ramadhan memiliki banyak manfaat diantaranya :
1. Puasa enam hari di bulan syawal, Merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh.
2. Puasa Syawal dan Sya`ban bagaikan shalat sunnah rawatib, berfungsi sebagai penyempurna darikekurangan, karena pada hari kiamat nanti perbuatan perbuatan fardhu akan disempurnakan ( dilengkapi ) dengan perbuatan-perbuatan sunnah. Sebagaimana keterangan datang dari Nabi Salallahu `alaihi Wasallam diberbagai riwayat. Mayoritas puasa yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan, maka hal itu membutuhkan sesuatu yang menutupi dan menyempurnakannya.
3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah Ta`ala menerima amal seorang hamba, pasti ia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebagian orang bijak mengetakan: "Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya." Oleh karena itu barang siapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, Maka itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama.
4. Puasa Ramadhan sebagaimana disebutkan dimuka dapat mendatangkan maghfirah atas dosa-dosamasa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan mendapatkan pahalanya pada hari raya `Idul fitri yang merupakan hari pembagian hadiah, maka membiasakan puasa setelah `Idul Fitri merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat ini. Dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.
5. Dan diantara manfaat puasa enam hari bulan Syawal adalah amal amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini selama ia masih hidup.
Seorang ulama Salaf ditanya tentang kaum yang bersungguh sungguh dalam ibadahnya pada bulan Ramadhan tetapi jika bulan Ramadhan berlalu mereka tidak bersungguh sungguh lagi, beliau berkomentar : "Seburuk buruk kaum adalah yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan saja, padahal orang salih adalah yang beribadah dengan sungguh sungguh di sepanjang tahun."
Oleh karena itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai membayarnya di bulan syawal, karen hal itu mempercepat proses pembebasan diriya dari tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa syawal, dengan demikian ia telah melakukan puasa Ramadhan dan mengikutinya dengan 6 hari di bulan syawal.
Pelaksanaan Puasa Enam Di Bulan Syawal
Puasa enam Syawal perlu dilaksanakan secara berturut-turut atau sebaliknya. Sebenarnya cara yang afdhal (terbaik) adalah berpuasa secara berturut-turut sebaik sahaja selepas Aidilfitri yang pertama menurut pandangan mazhab Shafie dan Hanafi.
Akan tetapi, cara demikian iaitu berpuasa berturut-turut selepas Aidilfitri pertama tidaklah menjadi suatu rukun atau syarat terhadap ibadat puasa enam Syawal ini. Malah ganjaran sunatnya tetap diperolehi sekalipun dilakukan secara berselang-seli asalkan ia dikerjakan sebanyak enam hari dalam bulan Syawal.
Selain itu, persoalan lain yang sering timbul juga adalah mengenai manakah dahulu perlu diutamakan antara puasa qada' Ramadan dan puasa enam Syawal. Perlu diingatkan bahawa mengqada' puasa Ramadan merupakan suatu kewajipan yang perlu dilunaskan sebanyak hari yang ditinggalkan. Ia merupakan 'hutang' manusia kepada Allah SWT. Namun begitu, bagi sesiapa yang benar-benar keuzuran sehingga tidak berdaya mengerjakan puasa, mereka tidak diwajibkan mengqada' puasa yang ditinggalkan itu, tetapi wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan.
Firman Allah SWT bermaksud:
"Dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya (berpuasa kerana keuzuran dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin." (Surah al-Baqarah: Ayat 184)
Dalam mengerjakan qada' puasa Ramadan, para ulama menyatakan bahawa orang yang meninggalkan puasa tanpa keuzuran, mereka dikehendaki menyegerakan mengqada' puasa tersebut. Bahkan sebahagian ulama berpendapat tidak diharuskan melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam Syawal selagi tidak selesai mengqada' puasa Ramadan.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang meninggalkan puasa kerana keuzuran yang dibenarkan oleh syarak seperti perempuan haid atau nifas, diharuskan bagi mereka mengerjakan puasa enam Syawal terlebih dahulu sekalipun mereka masih mempunyai puasa qada' Ramadan.
Perkara ini mungkin berlaku disebabkan mereka berada di akhir Syawal dan dikuatiri tidak sempat menghabiskan puasa enam Syawal. Pun begitu, mengutamakan puasa qada' Ramadan adalah lebih baik jika mereka mempunyai waktu yang cukup untuk menghabiskan puasa qada' Ramadan dan puasa enam Syawal dalam bulan Syawal itu juga.
Adapun mengenai persoalan niat puasa qada' dan puasa sunat secara serentak, berlaku khilaf di kalangan ulama. Sebilangan ulama menyatakan harus diniatkan dan ditunaikan puasa qada' Ramadan dan puasa sunat enam Syawal secara serentak.
Namun kebanyakan ulama berpendapat jika dapat memisahkan puasa tersebut iaitu melakukan puasa qada' Ramadan dan puasa enam Syawal pada hari yang berlainan adalah lebih baik berbanding dengan berpuasa secara serentak.
Berikut merupakan keterangan dan langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan mengenai puasa serentak ini:
1. Selesaikan puasa qada' Ramadan terlebih dahulu sebelum berpuasa enam Syawal. Ia adalah lebih baik dengan mengutamakan puasa qada' Ramadan yang wajib terlebih dahulu sebelum berpuasa sunat. Hal ini dilihat bertepatan dengan firman Allah SWT bermaksud:
"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan kebaikan bagi) keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang berbuat kebajikan." (Surah ali-Imran: Ayat 133)
2. Namun jika kita tidak mampu melaksanakan puasa qada' Ramadan dan puasa enam Syawal secara berasingan di dalam bulan Syawal, maka harus kita mendahulukan puasa enam Syawal terlebih dahulu. Ini kerana puasa enam Syawal hanya boleh dikerjakan pada bulan Syawal sahaja sedangkan puasa qada' Ramadan boleh dikerjakan selepas bulan Syawal.
3. Jika kita tidak mampu juga melaksanakan puasa enam Syawal dan qada' Ramadan secara berasingan disebabkan keuzuran, maka puasa secara serentak antara puasa enam Syawal dan qada' Ramadan adalah langkah terbaik.
Demikianlah beberapa penjelasan mengenai permasalahan berkaitan puasa enam Syawal yang sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam di Malaysia pada masa kini. Semoga dengan penerangan ini akan menjadikan puasa enam Syawal kita lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah.
Niat Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal
Wllahu a`lam.
Sumber : Iluvislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan