Jumaat, 12 Oktober 2012

Burung Ini Mampu Menyamar Menjadi Payung

Setiap haiwan yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya mampu menyamar dari sebarang musuh. Burung ini mampu menyamar menjadi seperti payung. Itulah kata yang sesuai untuk Black Heron atau burung Puchong Hitam. Burung ini akan membentuk payung bagi mengumpan dan memerangkap mangsanya. Sesuatu yang menarik tentang burung ini ialah, Ia memburu ikan ketika waktu panas terik. Jadi bentuk payung yang dibuatnya mampu menjadi tempat berteduh bagi ikan. Haaa cerdik tak burung ini, Itulah kebesaran Allah SWT. Jom lihat gambar di bawah ini.


 
 
 
 
 
 

 Terdapat seekor burung yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang pelik. Ia mampu menyamar menjadi seperti payung. Burung ini dikenali dengan nama Black Heron

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Burung ini boleh ditemui dinegara seperti, Sudan, Senegal, dan bahagian timur Afrika. Habitat utama burung ini ialah di kawasan tebing sungai,tanaman-tanaman yang berair dan sawah padi.
Melayukini.net - Ada sesiapa pernah menemui burung spesis ini?  Berkemungkinan ia wujud juga dan dipelihara di Zoo di Malaysia. Mungkin ya mungkin tidak. Itulah yang dinyatakan di atas, setiap ciptaan Allah SWT terhadap haiwan mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Biarpun haiwan tidak berakal seperti manusia, sekurangnya-kurangnya ia diciptakan untuk berzikir kepada Nya.
melayukini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...