seperti yang pernah aku dalam entry 'gastrik jangan pandang mudah' gastrik sebenarnya bukan penyakit yang biasa-biasa saja. malah ada yg ingat gastrik je sebab tak makan. sebenarnya ada banyak lagi sebab boleh berlakunya gastrik ni. antaranya :
Makanan pedas
orang cakap, kalau xpedas xsedap. memang pon. bukan orang lain je, aku pon cakap mcm tu. kalau nak makan kalau xrasa pedas mmg xsah rasa mcm ada je yang xcukup. sebenarnya makanan pedas sukar untuk diproses dalam perut kita dan menyebabkan perut kita menghasilkan lebih banyak asid untuk menproses makanan tersebut. asid yang banyak ni lah yang menyebabkan berlakunya gastrik dan pedih dalam perut. mesti korang pernah rasa kan? jangan tipulah! lagi satu, makanan pedas ni menyebabkan lebih kalori diperlukan untuk penghadaman sekaligus meningkatkan metabolisma badan. sebab tu untuk kuruskan badan kebanyakan produknya pedas-pedas.Makanan masam
masam dan asid sangat adik beradik. macam manis dan gula. jadi makanan masam menyebabkan asid berkumpul dalam perut dan gastrik. mudah je. *sedapnya asam nnti petang nak beli la. kih3Makanan berminyak/berlemak
lemak seperti yang kita ketahui susah nak hadam dan kadang2 menyebabkan selulit. makanan berlemak merangsang lebih banyak asid dikeluarkan oleh badan untuk penghadaman. jadi risiko untuk gastrik bertambah lagi. *dah la pedas, berlemak, masam. tapi yang tu la yang sedapnya. kan? hihiMerokok
merokok dikatakan mampu mengurangkan kecekapan Lower Esophageal Sphincteryang berfungsi selaku pintu pagar yang membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali. Apabila LES sering terbuka (kurang cekap), asid perut mudah masuk ke ruang esofagus dan ini amat menyakitkan. sumber sususejat. jadi bagi para perokok. dah bertambah lagikan keburukan merokok. jadi xnak ke berhenti merokok? =)Stress atau tekanan emosi
apabila berada dalam keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan asid dengan banyak. Ini merupakan antara sebab mengapa seseorang terasa hendak “mengunyah” ketika stress. bila stress kita cepat lapar. dari pengalaman aku sendiri semasa kat matrikulasi. mugkin jugak ni yang menyebabkan orang cakap stress menyebabkan berat badan naik. masa kat matrik, hidup agak tertekan masa tu berat badan aku agak naik dan jerawat pon naik, dan pernah kawan aku tak pergi kelas sebab gastrik. bukan sebab tak makan tapi sebab stress. jadi kalau tertekan sediakan makanan. biar gemok asal sihat. *bestnya tgok orang badan tembam2. kita kurus je =(
Kurang/tidak bersenam
bersenam. antara benda yang paling malas aku buat. jangan tiru perangai aku. sebenarnya bersenam boleh membantu kita menghadam makanan dengan baik. bersenam juga dapat membantuk kita mengurangkan stress. jadi bersama-samalah kita mengamalkan hidup sihat. jangan asyik mengadap screen je. bawak2 la berjogging hirup udara segar.
.mugmerah : Alhamdulillah sekarang dah kurang sikit gastrik. dah xbergantung sangat kat ubat. kalau dulu bagun pagi je telan ubat dulu. *menambahkan stress je.
mugmerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan