“Apabila Melanggar Sumpah Apa Hukumannya?”
Dalam
persoalan ini, anda perlu mengenal pasti adakah sumpah yang anda buat
adalah atas nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala ataupun sekadar sumpah yang
hanya dibuat gurau-gurauan.
Jika sumpah tersebut dibuat atas nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala seperti;
“Demi Allah, aku tidak akan pijak lagi rumah engkau ini”
Atau lain-lain.
Ringkasnya,
jika sumpah tersebut dibuat dengan nama Allah, sifat-sifatNya yang
wajib ataupun dengan KeagunganNya, anda adalah berdosa dan perlu
membayar Kifarah Sumpah.
Kifarah Sumpah ialah:
1. Memberi makan 10 orang miskin. Setiap seorang sebanyak secupak beras. Atau,
2. Memberi pakaian (benda yang dipakai mengikut adat setempat) kepada 10 orang miskin. Atau,
3.
Membebaskan seorang hamba yang beragama Islam. Hamba tersebut mestilah
seorang hamba yang sempurna anggota badan dan boleh bekerja.
Namun
begitu, bagi mereka yang tidak mampu untuk melakukan ketiga-tiga
perkara tersebut, maka dia dikehendaki berpuasa sebanyak tiga hari dan
menurut Mazhab Syafi’i puasa tersebut tidak disyaratkan secara
berturut-turut.
Sila berhubung dengan Pusat Pungutan Zakat yang berhampiran untuk membuat bayaran kifarah tersebut.
Wallahu’alam….
- JAKIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan