Sahabat jenis ini akan sentiasa mengingatkan ketika kita melakukan kesalahan. Tanpa diminta pun, ia akan selalu mengkritik dalam erti kata selalu mengingatkan akan perkara kebaikan bila kita melakukan sesuatu hal yang menyimpang. Jenis ini sangat baik untuk mengingatkan kita pada jalan yang benar, walaupun kadang-kadang menyakitkan mendengar kritikanya yang agak pedas namun, mungkin pesananya ikhlas untuk kita.
2. Jenis penyokong
Sekiranya anda mempunyai rakan seperti ini sangat beruntung, kerana
teman jenis ini akan sentiasa menyokong apa yang anda lakukan dan ikut
bahagia dengan kejayaan Anda. Kamu akan selalu merasa semangat dan
bermotivasi bila berada bersama dengannya.
3. Jenis Penggembira atau jenis suka berseloroh
Mungkin jenis seperti ini yang lebih banyak disukai. Sahabat dengan
jenis penggembira akan selalu membuat kita ceria kembali semasa sedih
dan berduka. Rasanya tidak lengkap jika berkumpul tapi tidak ada sahabat
seperti ini. Semasa anda kekecewaan dan kemurungan, teman jenis inilah
yang lebih banyak membuat anda tertawa dan ceria kembali.
4. Jenis Pembimbing
Kita akan merasa lebih bahagia ketika memiliki teman jenis ini. Berada di sekitarnya akan membuat anda merasa tenang dan damai. Sahabat jenis ini sentiasa memberi input dan nasihat yang berguna semasa anda memerlukannya. Rasanya hidup anda menjadi terarah kerana ada teman yang memberi input penting untuk hidup Kamu. Jika Kamu belum mempunyai teman-teman seperti di atas, sebaiknya mulakan mencari kerana dialah seorang shabat yang saling berkongsi kerana sahabat yang seimbang akan membuat hidup anda lebih seimbang. Pastinya kita boleh terhindar dari penyakit stress dengan saling berkongsi dengan mereka. Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan