Pelbagai cara atau kaedah dilakukan
untuk memberikan perkhidmatan dan pendedahan terbaik kepada
penduduk-penduduk luar bandar terutamanya yang tidak berpeluang langsung
menikmati kemudahan teknologi IT. Info Ladies atau wanita bermaklumat
telah diwujudkan di negara Bangladesh bergerak ke ceruk kampung dengan
berbasikal. Mereka merupakan pelajar lepasan IPT dari kelas pertengahan
dilatih oleh sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan khusus untuk
memberikan perkhidmatan kemudahan internet, dan kelengkapan komputer.
Berbekalkan komputer riba dan sambungan
internet 'Info Ladies' berbasikal ke kampung pedalaman menemui penduduk
kaum wanita membantu mereka berhubung langsung dengan suami, anak atau
saudara mara yang berada jauh di perantauan untuk melepaskan rindu.
Mereka lebih seronok dan gembira dapat berhubung sambil dapat melihat
wajah yang disayangi secara langsung melalui skype berbanding telefon
yang hanya sekadar mendengar suara saja.
Selain
itu Info Ladies ini juga ditugaskan memberikan penerangan atau maklumat
tentang kesihatan berkaitan dengan wanita seperti penjagaan kesihatan,
HIV, AIDS, kebersihan haid dan kehamilan.
Mereka juga menjadi pengantara kepada para petani tentang cara penggunaan baja dan racun serangga yang betul.
Bangladesh mempunyai jumlah penduduk sebanyak 152 juta orang, namun hanya 5 juta saja yang mempunyai akses internet.
[dailymail.co.uk]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan