Seorang wanita
Afghanistan telah berjaya untuk membuktikan kebolehannya dalam menjadi
seorang juruterbang solo untuk pertama kalinya dalam rangka projek
bersama antara NATO dan Kementerian Pertahanan Afghanistan yang telah
ditawarkan kepada perintis latihan program di Pangkalan Udara Shinhad,
Afghanistan, lapor Air Force Times.
Lt Nilofor Rhmani
yang kini merupakan seorang juruterbang wanita tentera pertama dalam
pasukan udara tentera Afghanistan untuk terbang secara solo di bawah
program latihan juruterbang tentera udara yang pertama diadakan di
negara ini dalam tempoh 30 tahun.
Pengarah US Air
Force di Afghanistan, Mejar Jeremy Ponn dipetik mengatakan bahawa Lt
Rhmani telah "lulus latihan penerbangan pengenalan pada 19 Julai dan
memulakan latihan juruterbang rasmi program prasiswazah pada 28 Julai".
Laporan itu
menyifatkan pencapaian baru-baru ini sebagai "cuba dari segala
kemungkinan" terhadap Taliban yang mengamalkan hukuman kejam dan layanan
buruk terhadap kaum wanita.
Mejar Ponn berkata bahawa Lt Rhmani telah dilihat oleh orang awam di Afghanistan sebagai "model bagi wanita Afghanistan".
Lt Rhmani telah dilatih di bawah pengawasan mentor AS dan NATO sepanjang bulan-bulan yang lepas.
Beliau juga
merupakan salah satu daripada lima juruterbang di dalam kelas mereka
yang telah menerima anugerah bagi pencapaian beliau. Mejar Ponn berkata
mereka masih lagi dalam proses untuk menjalani program latihan tambahan
sebelum memperoleh pingat sayap mereka. Kelas latihan juga akan diadakan
untuk para siswazah pada musim akan datang.
p/s: Hebat! Rupa ada, bakat pun ada
DRYSHEETBLOGSPORT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan