Sabtu, 3 November 2012

Kubur Penyanyi Mesir Berusia 3000 Tahun Ditemui ? (GAMBAR)

Apakah ini penyanyi tertua di dunia? Apabila sebuah kubur penyanyi wanita berusia hampir 3,000 tahun di Lembah Diraja Mesir ditemukan ahli arkeologi Switzerland, menurut Menteri Barangan Purba, Mohammed Ibrahim.


Pasukan dari Universiti Basel Switzerland yang diketuai Elena Pauline-Grothe dan Susanne Bickel secara tidak sengaja menemukan kubur tersebut yang terletak dalam Karnak, berhampiran Luxor.
 
 

Difahamkan menerusi tulisan pada plak kayu yang ditemui dalam kubur itu, Nehmes Bastet, merupakan seorang penyanyi untuk dewa tertinggi Amon Ra semasa Dinasti ke-22 (945-712 Sebelum Masihi).
 
Nehmes juga merupakan anak perempuan Paderi Tertinggi Amon, jelas Ibrahim.
 
Penemuan itu amat penting kerana memaparkan Lembah Diraja juga digunakan sebagai tempat pengebumian individu-individu biasa dan sami-sami pada zaman dinasti itu, dan sehingga kini, kesemua kubur yang ditemui di lembah bersejarah itu mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Mesir purba.
 
TAOTAUAJER : Tao rasa nie adalah satu penumuan yang tidak pernah lagi kita dengar di mana penemuan mayat penyanyi dulu kala. Zaman dulu kala lagi dah ada penyanyi agak-agak boleh tak korang bayangkan kecantikan penyanyi sewaktu masa dahulu? -
taotauajerblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...