Lembaga tua di Sekijang Bendera
Kejadian yang akan saya
ceritakan ini berlaku beberapa tahun yang lalu, sewaktu saya,
kawan-kawan sedarjah dan guru kami berkhemah di Pulau Sekijang Bendera
(St John's Island). Kami menginap disebuah rumah yang tidak berkerusi
meja.
Yang ada hanyalah beberapa katil bertingkat yang berderetan dan
dan sebuah kipas angin berdiri. Pada malam pertama, kami tidur awal
awal lagiu kerana kepenatan. Pada kira kira 2.30 pagi, kami tersentak
dan terus terbangun apabila mendengar suara orang menjerit.
Yati, salah seorang rakan kami, sedang
memandang kearah salah sebuah tingkap yang ternganga luas. Mukanya
pucat lesi, seperti orang dalam ketakutan. Saya dan rakan rakan cuba
menenangkannya. Beberapa minit kemudian, Yati menceritakan bahawa dia
ternampak satu lembaga berambut panjang dengan anggota dan pakaian
berwarna putih sambil melambai lambaikan tangannya. Menurut Yati, dia
menjerit sekuat hatinya apabila lembaga itu mengilai sebelum meghilang.
Saya cuba meyakinkan Yati bahawa apa yang dialaminya itu hanyalah satu mimpi atau imaginasinya sahaja, kerana saya memang
tidak percaya dengan hantu atau apa bentuk tahyul sekalipun.
Tetapi Yati tetap mendakwa apa yang dilihatnya benar benar berlaku. Pada
keesok malamnya, sebelum tidur, saya telah menutup semua tingkap dan
pintu memandangkan cuaca begitu sejuk sekali. Belum lam dibuai mimpi,
saya terjaga kerana terasa begitu sejuk hinggkan seluruh badan saya
menggigil.
Saya melirikkan mata kearah tingkap dan
pintu; semuanya terkunci rapi. Tetapi apabila mata saya menyorot ke
araj kipas angin disitu, hati saya tersentak apabila terpandang seorang
tua sedang berdiri tegak - betul betul ditempat kipas angin itu. Orang
tua itu seperti meniup niup dan memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan -
sama seperti kipas angin lagaknya.
Apakah kipas angin itu telah menjelma
sebagai lembaga tua apabila malam menjelma? Hati saya bertanya
sendiri. Saya dapat merasakan tiupannya itu dengan jlas, walaupun saya
berjauhan daripadanya. Kerana terlalu takut, saya memaksa diri saya
tidur.
Pada keesokkan paginya, saya menceritakan
kejadian tersebut pada guru saya. Anehnya, bukan saya seorang sahaja
yang telah melihat lembaga wanita tua itu, malah guru saya juga. Kerana
tidak mahu kejadian aneh itu berulang, kami pun berkemas pulang ke
tanah besar Singapura pada saat itu jugak.
wwwrelaxy.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan