Nenas
merupakan sejenis buah tropika yang lazat. Ia merupakan sejenis buah
yang mempunyai kandungan mineral dan vitamin yang cukup tinggi. Ramai di
kalangan kita menggemarinya sebagai makanan pencuci mulut yang
menyegarkan disamping kegunaan lain seperti jem nenas, halwa, jeruk, tat
nenas atau dimakan mentah begitu sahaja. Bagi penggemari nenas, mungkin
mereka pernah mengalami luka-luka kecil di dalam mulut selepas memakan
nenas dalam kuantiti yang agak banyak.
Bagi ibu-ibu yang mengandung,
pantang larang orang melayu tidak membenarkan mereka memakan nenas.
Tajam dan berbahaya terhadap kandungan, katanya!. Entah benar atau pun
sekadar mitos, tidak pernah pula dibuat kajian mengenainya.
POKOK NENAS
Dalam memilih nenas, anda disarankan mencari nenas yang berat, padat dan mata kuningnya tidak menonjol. Warna kulitnya mestilah kuning keemasan, cerah dan tidak ada bintik-bintik putih.
Tugas bromelain ni, ia menghadamkan protein
yang terdapat dalam makanan dan memudahkan penyerapan protein ke dalam
tubuh. Bromelain juga berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka dan
membantu mengurangkan radang (inflamasi). Jadi, nenas ni sebenarnya
bagus untuk mereka yang akan dan lepas pembedahan. Bromelain jugak boleh
dibeli di farmasi dalam bentuk kapsul.
Nenas jugak berfungsi sebagai “pencuci”.
Bromelain tadi bertindak dalam mencuci dan seimbangkan cecair yang
bersifat alkali atau berasid. Ianya dapat meningkatkan kealkalian darah
yang membantu mengurangkan acidosi dan oedema dengan menyingkirkan
lebihan air di dalam badan.
Bagi yang mempunyai penyakit gout, kandungan asid aspartik yang terdapat dalam nenas mungkin dapat membantu anda. Aspartik asid ini dapat membantu badan menyingkirkan lebihan Ammonia yang terdapat di dalam badan kita. Ammonia adalah berbahaya kepada badan dan sistem saraf kita!
Akan tetapi, bagi sesetengah orang, makan terlalu banyak nenas mungkin akan membawa masalah kepada mereka! Ada yang akan terasa sakit kepala disebabkan buah nenas mengandungi 5-hydroxyptamine yang menyebabkan salur darah, terutamanya yang terdapat di dalam otak mengecut. Jadi, akibatnya, tekanan darah akan meningkat dan anda mungkin akan mengalami sakit kepala!
- Pelanduk Publications, 2007

Kegunaan nenas dalam makanan dan minuman
MALASHAHARBLOGSPORT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan