Resepi Kek Kismis sedap dan gebu. La ni musim cuti sekolah........... Cuba buat pasti tak rugi rasanya..
Bahan-bahan
280gm mentega
230gm gula
5 biji telur
200 gm tepung
1/2 sudu serbuk penaik
1 sudu makan susu tepung
sedikit perisa vanilla
250 gm kismis
60gm tepung jagung
Cara-caranya
- Putar majerin dengan gula sehingga kembang dan keputihan warnanya.
- Asingkan putih telur dan kuning telur.Pukul putih telur sampai naik.
- Masukkan putih telur tadi ke dalam mentega yang sudah kembang tadi dan kacau sehingga rata.
- Kemudian masukkan pula kuning telur dan kacau sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati.
- masukkan serbuk penaik dan susu tepung
- Masukkan pula tepung jagung dan kismis , gaul ia sampai sebati.
- Bakar sehingga masak lebih kurang 40 ~ 50 minit , pada suhu 180'c.
- ciktiemah.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan