Jam sudahpun
menunjukkan pukul tujuh pagi. Karim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera
mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Karim? Karim? bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Karim: Alah emak? Karim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Karim berikan emak dua sebab mengapa Karim tidak mahu ke sekolah.
Karim: Semua murid-murid tidak suka Karim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Karim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Karim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Karim dua sebab mengapa Karim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak! Karim dengar baik-baik, pertama Karim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Karim PENGETUA SEKOLAH!!!
p/s: Sebab tu la budak-budak pun malas gi sekolah, pengetua pun liat nak bangun, hehehe…(^_^)…
seribupilihan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan