Isnin, 17 Disember 2012

Chillcan: Minuman Yang Sejuk Tanpa Perlu Dimasukkan Ke Dalam Peti Sejuk

Tidak lama lagi kita akan dapat menikmati teknologi baru, iaitu air tin yang boleh berubah menjadi sejuk hanya dalam masa 2 minit tanpa perlu dimasukkan ais atau disimpan di dalam peti sejuk!
 
 
 
 

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menekan satu butang khas di bawah tin, dan secara automatik kapsul dalam tin akan melepaskan gas karbon dioksida yang menyejukkan tin sehingga -15 darjah Celcius.

Penemunya adalah Profesor Clift, yang kini bertugas di Pusat Strategi Lingkungan di Universiti Surrey.

Profesor Clift menemui cara yang mesra alam sekitar untuk mengubah tin itu menjadi sejuk - disebut: ChillCan - tanpa perlu lagi menggunakan refrigeran yang berbahaya.

Solusinya adalah menggunakan karbon dari batok kelapa yang terkandung dalam kapsul aluminium di dalam tin. Karbon tersebut akan aktif - menghantar semburan karbon dioksida bertekanan - ketika kita menekan tombolnya.
 



sumber: unikz.up2det.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...