Ratusan roket milik
Hamas ditembak ke arah wilayah Israel. Namun hanya sembilan puluh lebih
roket yang sampai ke wilayah zionis itu. Israel bangga dengan petahanan
angkasanya yang kuat.
Perisai peluru berpandu
Iron Dome milik Israel yang berjaya menghancurkan hampir sekitar 90
peratus roket-roket milik Hamas yang ditembakkan dari Gaza.
“Kejayaan kami dalam 90
peratus. Ini belum pernah terjadi dalam sejarah,” kata seorang pegawai
kanan Israel seperti diberitakan nation.time.com, Rabu (21/11/2012).
“Sekurang-kurangnya
korban di pihak Israel menunjukkan Iron Dome adalah senjata yang paling
berkesan di dunia dalam ujian perisai peluru berpandu yang pernah ada,”
tambahnya.
Pertahanan Udara Israel
ini ditubuhkan oleh syarikat senjata bernama Rafael Advanced Defense
System. Iron Dome ini didakwa sebagai satu-satunya sistem pertahanan
yang dapat menghalang roket, meriam dan mortar. Termasuk sistem
pertahanan udara dari serangan pesawat pejuang, helikopter.
Iron Dome ini dapat
menghentikan ancaman serangan sejauh 70 kilometer dan boleh beroperasi
di dalam semua keadaan cuaca. Alat ini mempunyai hulu ledak khusus yang
dapat meledakkan sasaran apa-apa di udara dalam hitungan masa. Perolehan
sistem ini adalah dari bantuan dana kerajaan Presiden Amerika Syarikat,
Barack Obama.
Kementerian Pertahanan
Israel memilih Iron Dome sebagai penyelesaian terbaik dalam pertahanan
dari pelbagai ancaman dalam masa yang singkat. Israel memutuskan membina
sistem pertahanan udaranya selepas Perang Lebanon pada 2006 di mana
ketika itu, sekitar 4,000 roket Hizbullah menghujani Israel utara dan
menewaskan 44 orang.
malaysiasensasi.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan