Ahad, 25 Ogos 2013

7 Perkara Tak Boleh Diubah Dalam Hidup


Kita lahir kedunia ini, sudah ada ketetapan dan ketentuan yang Allah s.w.t. rencanakan untuk kita. Jadi apa yang harus kita lakukan adalah jalani hidup ini seadanya. Ada hikmat disebalik semuanya, kerna sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa sahaja yang terbaik untuk kita, walaupun bukan itu yang kita suka.

DALAM hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:

1. Jenis kelamin dan jantina

gender-difference
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.




2. Ibu Bapa

kasih-ibu-dan-bapa
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun. Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka. Jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.


3. Hari kelahiran

birthday_party_kids1.s600x600
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.


4. Bentuk Fizikal

9A6_cuerpo
Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.


5. Masa lalu

hinx_xw0w_d50c69a02683ce6219fb633d1d94f6c6f0abd316_250_250
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.

Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.


6. Kedudukan dalam keluarga

CustomPrintedSiblingShirt-PersonalizedOriginalBrotherModels
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.


7. Suku bangsa

malaysian_girls
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...