Sepi rasa dunia ni...dah 2 minggu tak
jerit2... Selalunya aku lah yang suka memekik dekat rumah.. Tapi aku
bukan suki2 nak cerita pasal aku melalak kat rumah.. Nak tahu tak,
binatang apa paling lantang dalam dunia... Cuba teka.. its my faforit...
Haiwan
yang aku maksudkan tu adalah katak... katak ni bukan calang2 na.. Katak
Coqui nama dia. macam cakoi ja bunyi. Katak Caqui (Eleutherodactylus coqui) merupakan katak yang jerit paling kuat... mungkin paling kuat di alam katak atau mungkin paling ohsem!! di hutan rimba.
Tak
padan dengan kecik (30 - 50mm) nak jugak jerit kuat2... Sebelum ni aku
penah dengar gadis2 kecik saja menjerit... tak sangka pulak katak ni pun
ada ciri2 'istimewa' wanita kecil =P Katak ni menghasilkan bunyi hingga
100 desibel dalam jarak kurang 3 kaki, Secara faktanya bunyik makhluk
kerdil ni mampu membangunkan kita yang sedang nyenyak tidur. Bunyinya
dikatakan lebih kuat dari bunyi hentakan mesin gerudi tanah tu ... hah
?? fakta atau auta ?
Mengapa
katak hingaq (bising) ni dinamakan Co-Qui? dah katak ni bunyi macam
tu.. Co adalah bunyi yang dihasilkan oleh katak jantan. ia diguna untuk
menarik pasangan dan untuk tanda kawasan jajahan... main jajah2 dah ni.
Katak betina akan menyahut dengan panggilan Qui... sebab tu la
co-qui... =P
Katak
ini bukannya berasal dari Hawaii, ia telah berhijrah dari Peru.
Kedatangannya menyebabkan penduduk Hawaii dah tak boleh tidur malam
dengan aman dah... Sebabnya.. si katak Co-Qui ini akan melalak dengan
lantang ketika musim mengawan. Dia akan berbunyi dari awal malam
sampailah subuh hari.. Azab!!! memalukan keturunan katak betoi lah
"Kerana Co-Qui setitik rosak katak sebelanga"
Saiz
katak ini dari 15mm-80mm dan mempunyai warna berlainan mengikut
tempat. Dan ini ada video bunyi katak ni kalau nak dengar. Terima kasih
kepada sahabat blogger - Urut Turun Temurun.
p/s: Ni lah antara contoh bencana dari memperkenalkan haiwan eksotik ke dalam ekosistem kita *bawa masuk spesies asing ke tempat baru*
Sumber: http://www.environmentalgraffiti.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan