Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua
macam mana hendak membezakan antara air mineral semulajadi dan air
minuman yang disuling. Ramai yang keliru dengan perbezaan jenama air
mineral yang berada dipasaran. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu mana
satu hendak dipilih. Cuma saya ada beberapa jenama yang menjadi
kegemaran saya berdasarkan deria rasa dihujung lidah saya.
Air
mineral yang 'sedap' diminum itulah menjadi pilihan saya kerana pada
mulanya saya menganggap semua air mineral mengandungi kandungan mineral
yang sama. Tetapi itu bukannya cara yang baik untuk memilih air mineral.
Bayangkanlah jika air yang berisipadu 1500ml dijual dengan RM2.00
padahal pengilang air tersebut hanya mengambil air paip dan
membotolkannya sebagai air mineral. Tentu wang yang anda belanjakan
tidak berbaloi.
Sebelum itu, anda harus tahu apakah itu air
mineral dan air minuman yang saya maksudkan. Air mineral adalah air yang
diperolehi dari bawah tanah, dipam naik dan akan melalui proses
penyulingan. Kemudian, air itu akan dibotolkan. Air ini mengandungi
beberapa sumber mineral dari dalam tanah. Proses penyulingan ini akan
memalui beberapa langkah bertujuan untuk membuang kuman dan bahan-bahan
asing. Ianya boleh dikenali dengan warna PENUTUP BOTOL YANG BERWARNA
(biru, hijau atau warna lain selain warna putih).
AIR MINERAL
AIR MINUMAN
Manakala,
air minuman pula adalah air paip yang disuling. Dalam proses
penyulingan beberapa elemen mineral ditambah pada air paip. Setelah
menjalani proses pembersihan untuk menghilangkan bakteria dan bahan
kimia dalam air, kandungan mineral juga turut berkurangan. Ianya boleh
dikenali dengan warnaPENUTUP YANG BERWARNA PUTIH.
Ini adalah
perbezaan yang telah dipersetujui oleh semua pembekal dan persatuan
pembuat air botol minuman di Malaysia. Sekiranya ada botol air minuman
lain selain yang berada dipasaran, misalnya air minuman Syarikat MLM DCL
tu, itu berkemungkinan lain sebab ianya ditambahkan dengan Oksigen.
Lagipun, syarikat ni menjual alat penapis untuk menghasilkan air minuman
tersebut kan. Belum mencubanya tetapi ada yang cakap bagus.
Bagaimana
pula dengan air minuman RO atau Reverse Osmosis? Jika dibotolkan,
penutupnya adalah berwarna putih cuma yang membezakannya dengan air
minuman suling ialah tertera pada botol RO Water atau Air Osmosis
Berbalik. Kalau anda menggunakan mesin air minum reverse osmosis
dirumah, saya lebih mengesyorkan penggunaan mesin ini Ianya ebih
terjamin kerana anda sendiri yang menyelenggaranya.
Walaubagaimanapun,
terpulang kepada anda memilih air minuman yang anda minum..sekadar
berkongsi pengetahuan dengan warga CG semua. Pilihlah dengan bijak.
http://v12gether.blogspot.com
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Warna Penutup Botol Air Minuman
BalasPadamhttp://lemangpanas90.blogspot.my/2015/11/warna-penutup-botol-air-minuman.html