“Kehormatan suami sebagai pimpinan keluarga tetap dijunjung tinggi. Rasulullah saw bersabda, “Isteri yang mahu menerima sifat pemarah suaminya, akan diberi ganjaran oleh Allah dengan ganjaran yang sama seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzhahim (isteri Firaun).” ( Kitab Biharul Anwar, 247).
Rasulullah
SAW bersabda, “Bila dua orang muslim tidak saling berbicara selama dua
hari, maka keduanya telah keluar dari Islam, dan tidak akan ada
persahabatan yang tersisa pada mereka. Dan salah seorang dari mereka
yang mempunyai niat untuk berbaik kembali akan masuk syurga lebih cepat daripada yang lainnya pada hari Hisab.” ( Biharul Anwar, 103).
Juga sebagai seorang wanita solehah
hendaknya memahami aturan Allah dalam hal berselisih di antara suami
isteri. Jika perselisihan ini disebabkan nusyuz-nya isteri, maka Allah
memerintahkan beberapa jalan yang harus ditempuh oleh suami dalam memperbaikinya. Iaitu dengan cara;
1. Memberi nasihat2. Berpisah tempat tidur3. Pukulan (yang tidak menyakitkan). Peraturan ini telah diungkapkan oleh Allah dalam firman-Nya: “Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur, dan pukulah mereka. ” (An-Nisa: 34) .
Tentu sebagai wanita solehah, bila
terjadi perselisihan, dan kesalahan di pihak kita, maka cukup dengan
nasihat. Lalu segera memperbaiki diri, bertaubat dan beristighfar kepada
Allah. Hendaklah jangan sekali-kali terlontar ucapan kotor dan menyakitkan suami dari mulut kita.
Diriwayatkan bahwa Laqit bin Shabirah
ra. bertanya kepada Nabi saw, “Ya Rasulullah, aku mempunyai isteri yang
lisannya suka mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.” Sabda baginda,
“Ceraikanlah dia.” Aku berkata, “Aku mempunyai anak darinya dan aku
telah hidup bersamanya lama sekali.” Sabda baginda, “Nasihatilah dia,
jika dia mahu menerima nasihat, maka terimalah. Dan jangan kamu memukul isterimu sebagaimana kamu memukul hamba-hambamu.” (Abu Dawud).
pakar cinta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan