Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat
di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun
Niagara juga dikenali sebagai "Honeymoon Capital of the World".
Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi
di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat
dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.
Air Terjun Victoria
adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun
membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu
pemandangan yang mengasyikkan
Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls
menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga
punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat kumpulan
geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan
pelancong.
Sesuai dengan namanya, Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik.
Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya
sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan
meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke
atas
Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls
di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah
indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan
gunung ganang yang diliputi salji.
Lower Falls
berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon,
USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan
pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.
Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut
sumber: kelanafana.blogspot.com
fb









fb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan