Rabu, 9 Julai 2014

Hubungan Otak Manusia Dan Bacaan Al Quran


http://3.bp.blogspot.com/-qGaBvpufc-c/T3oy5vCAGcI/AAAAAAAAALY/r_whjvENSH0/s1600/Hafal%2BAl-Quran.jpg 
Hubungan Otak Manusia Dan Bacaan Al Quran 

Hubungan Otak Manusia Dan Bacaan Al Quran

Info menarik pilihan hari ini adalah tentang hubungan otak manusia dan bacaan Al Quran. Ramai yang tau bahawa membaca dan mendengar Al Quran merupakan satu ibadah yang mulia. Bahkan Allah sangat menyukai mereka yang menjadikan Al-Quran sebagai amalan harian. Mereka yang menjadikan Al-Quran sebagai amalan harian mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:
 
 

Al Quran Meningkatkan Kecerdasan Otak 

 
Bacaan al quran boleh meransang kecerdasan otak. Menurut kajian bacaan Al Quran setelah selesai solat maghrib dan sesudah subuh boleh meningkatkan kecerdasan otak sehingga 80%. Ini kerana pada waktu tersebut berlaku penggantian dari siang ke malam dan dari malam ke waktu siang. 

Al Quran Memaksa Otak Bekerja


Disamping itu ketika membaca Al-Quran ada tiga aktiviti yang berlaku, membaca, melihat dan mendengar. Tiga aktiviti ini meransang otak manusia untuk bekerja dua kali ganda.

Al-Quran Kunci Kejayaan

Bacaan Al-Quran juga adalah kunci kejayaan. Ianya meransang otak kita untuk sentiasa berfikir dan bertindak dengan lebih tenang. Adik Nadiah salah seorang pelajar yang berjaya mendapat 19 A dalam SPM suatu ketika dulu turut menjadikan al-quran sebagai pemangkin kejayaannya. Beliau yang menjadikan Al-Quran sebagai bacaan harian sementara menunggu solat subuh sejak dari tingkatan satu, percaya kejayaan dan kecemerlangan beliau banyak dalam pelajaran dibantu oleh keyakinannya terhadap kekuatan dan keupayaan menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.  
Beliau yakin membaca dan menghafal kitab Al-Quran merupakan kaedah yang terbaik yang dapat membantunya untuk berfikir dan bertindak secara lebih tenang. Ianya juga sangat membantu beliau untuk menghafal.

Bacaan Al Quran Terapi Jiwa


Mukjizat Al Quran terlalu besar. Selain daripada meransang kecerdasan otak, ia juga merupakan terapi jiwa. Mereka yang suka membaca Al-Quran akan memperolehi ketenangan jiwa selain dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.

Jadi jika kita inginkan ketenangan jiwa yang berpanjangan, otak yang cergas serta kesihatan yang baik jom jadikan Al-quran sebagai bacaan harian kita.
blog santai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...