Tips Merawat Dan Mengelakkan Bibir Kering Dan Mengelupas | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Bibir kering
adalah satu masalah yang tak dapat dielakkan dan boleh dikatakan semua
orang pernah mengalami masalah bibir kering dan mengelupas.
Bibir kering dan mengelupas adalah
sesuatu yang kita akan alami pada masa satu yang sama atau kadang-kala.
Bibir sangat sensitif dan perlu dilindungi lebih-lebih lagi pada cuaca
panas atau sejuk kerana ia boleh menjejaskan kelembapan bibir. Jadi,
sekarang adalah masa untuk menjaga bibir anda dan ucapkan selamat
tinggal kepada bibir mengelupas!
Bagaimana untuk melindungi diri anda daripada bibir mengelupas?
Tips Merawat Dan Mengelakkan Bibir Kering Dan Mengelupas
Perlindungan adalah kunci utama
Lazimnya, bibir kita mempunyai lapisan
kulit yang sangat nipis dan ia mengandungi sedikit melanin, yang mana
perlu bagi perlindungan terhadap sinar matahari. Oleh itu, anda haruslah
sentiasa melindungi bibir anda daripada matahari dengan menggunakan
produk bibir dengan perlindungan SPF UVA /UVB. Anda disyorkan menyimpan
satu dalam beg atau ditempat yang senang dicapai. Ingatlah bahawa bibir
hendaklah sentiasa dilindungi.
Kekal terhidrat
Salah satu tip yang berkesan ialah minum
banyak teh hijau dan air sepanjang hari kerana bibir kering dan
mengelupas adalah satu petunjuk bahawa badan anda kurang air. Jadi isi
penuh gelas anda dengan air dan minum!
Jangan menjilat bibir anda
Bibir anda kurang berpeluh dan kelenjar
minyak menjadikan ia mudah terdedah kepada dehidrasi. Oleh sebab itu,
anda cenderung untuk menjilat bibir apabila ia mula kering. Namun ini
hanya akan memberikan kelegaan sementara, kerana realitinya adalah ia
boleh memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula air liur cepat tersejat,
jadi bibir akan menjadi lebih kering daripada sebelumnya. Cuba untuk
tahan diri dan gunakan produk yang boleh melembapkan bibir anda,
bukannya menjilat bibir sepanjang hari.
Ambil vitamin
Percaya atau tidak, kekurangan vitamin
boleh menjejaskan keseluruhan badan kita tidak kira fizikal atau
jasmani. Seterusnya kekurangan ini akan membawa kepada bibir mengelupas
atau kering. Sehubungan dengan itu, pastikan anda amalkan pemakanan yang
sihat dan pertimbangkan untuk mengambil multivitamin harian termasuk
vitamin B, C dan E untuk memelihara bibir anda dari luar dan dalam.
Makan secara sihat
Diet yang sihat juga penting untuk bibir
kelihatan cantik. Jika kita kekurangan asid lemak, berkemungkinan bibir
juga akan terjejas. Bahkan juga, manfaat Omega 3 sangat menakjubkan
untuk kulit dan bibir kita. Ikuti tip-tip mudah seperti di atas dan anda
juga boleh mengelakkan bibir kering dan mengelupas menjadikan bibir
anda lebih cantik apabila dipandang.
http://www.tupai.com.my
ituBola - Bandar Bola | Sportsbook Terlengkap | Live Casino Online | Baccarat | Dragon Tiger | Roulette | Sicbo | BlackJack
BalasPadamSitus Judi Online Sportsbook & Live Casino Terpercaya, Terbaik serta Berlisensi di Indonesia. Menyediakan berbagai macam permainan Sportsbook & Live Casino Online Terlengkap.
Cukup 1 User id untuk bermain semua taruhan permainan.
- Sportsbook Terlengkap ( Sepakbola, Basketball, Esport, dll.. )
- W88 Live Casino
• Baccarat
• Roulette
• Sicbo
• Blackjack
• Dragon Tiger
Menang Lebih Mudah Disini & Dapatkan Juga :
=> Bonus Cashback 5% (dibagikan setiap Hari Senin).
=> Pelayanan Terbaik Dengan Customer Service 24 Jam Nonstop.
Deposit Bisa Melalui :
=> Via Bank Lokal Indonesia.
=> Via OVO, GOPAY, PULSA Telkomsel & XL/Axis.
• Minimal Deposit 25,000 | Minimal Withdraw 50,000
• Proses Deposit & Withdraw Tercepat
Untuk Pendaftaran Hubungi Kontak Kami:
-LINE : itubola757
-WHATSAPP : +85517696120
> Pusat Bantuan ItuBola <