Selasa, 31 Disember 2013

Fakta - Top 5 Jenama Pakaian Paling Mahal Di Dunia

Kali ini, kita akan melihat jenama pakaian mana yang paling mahal dan menjadi kegilaan ramai orang. Jadi, di bawah adalah senarai antara 5 jenama pakaian paling mahal di dunia.

Armani


Armani

Nama besar dalam dunia fesyen antarabangsa, Jenama Armani diasaskan oleh Girgio Armani dan Sergio Galeotti. Girgio Armani S.P.A mendapat tempat dikalangan peminat fesyen antarabangsa kerana kualiti dan bermutu tinggi. Armani sememangnya sentiasa menyediakan pilihan fesyen yang banyak dan terkini juga bermutu merangkumi pakaian untuk wanita, lelaki dan juga kanak-kanak.



Marc Jacobs


Marc Jacobs

Koleksi pakain Marc Jacobs sentiasa menjadi impian kebanyakan wanita muda. Marc Jacobs yang berbangsa Perancis merupakan seorang pereka fesyen terkenal. Marc pernah memenangi anugerah Ordre des Arts et des Lettres yang merupakan Anugerah paling berprestij bagi penggiat seni di Perancis. Citarasa dan rekaan daripada Marc sentiasa menepati musim dan citarasa wanita moden.

Gucci

Gucci

Hanyalah seorang perantau yang bermastautin di Paris kemudian berhijrah ke London dan berkerja di hotel-hotel ekslusif, Guccio Gucci (1881–1953) amat terpesona dan kagum melihat barangan mewah yang dipakai oleh tetamu hotel. Tidak lama kemudian, dia kembali ke tempat kelahirannya, Florence di Itali yang kaya dengan sumber-sumber berkualiti dan mula membina empayarnya sendiri. Kini, Gucci merupakan jenama pakaian yang amat terkenal kerana kemewahannya dan terlibat dalam bidang kosmetik, artikel sukan, barangan kemas, cermin mata dan lain-lain pakaian yang sememangnya mahal tapi berkualiti tinggi.

Chanel

Chanel

Chanel S.A atau lebih dikenali sebagai Chanel merupakan sebuah jenama yang menjadi pujaan golongan elit. Diasaskan oleh Gabrielle "Coco" Chanel, seorang rakyat Perancis yang mendapat jolokan nama Coco semasa menjadi penyanyi di Kelab. Chanel amat terkenal dikalangan wanita muda kerana fesyennya yang tampak lebih muda dan ringkas disamping anggapan bahawa jenama Chanel merupakan lambang bagi golongan Elite.

Prada

Prada

Jenama terkenal Itali ini memperkenalkan pakaian yang bergaya untuk memenuhi pelbagai keperluan penggemar fesyen selain dikenali sebagai jenama pakaian terkenal. Jenama Prada adalah produk yang terkenal dengan kesederhanaan, keselesaan dan keyakinan. Malah, ramai bintang-bintang Hollywood amat meminati pakaian rekaan Chanel.

-Sentiasapanas.com

1 ulasan:

  1. ituBola - Bandar Bola | Sportsbook Terlengkap | Live Casino Online | Baccarat | Dragon Tiger | Roulette | Sicbo | BlackJack

    Situs Judi Online Sportsbook & Live Casino Terpercaya, Terbaik serta Berlisensi di Indonesia. Menyediakan berbagai macam permainan Sportsbook & Live Casino Online Terlengkap.

    Cukup 1 User id untuk bermain semua taruhan permainan.
    - Sportsbook Terlengkap ( Sepakbola, Basketball, Esport, dll.. )
    - W88 Live Casino
    • Baccarat
    • Roulette
    • Sicbo
    • Blackjack
    • Dragon Tiger

    Menang Lebih Mudah Disini & Dapatkan Juga :
    => Bonus Cashback 5% (dibagikan setiap Hari Senin).
    => Pelayanan Terbaik Dengan Customer Service 24 Jam Nonstop.

    Deposit Bisa Melalui :
    => Via Bank Lokal Indonesia.
    => Via OVO, GOPAY, PULSA Telkomsel & XL/Axis.

    • Minimal Deposit 25,000 | Minimal Withdraw 50,000
    • Proses Deposit & Withdraw Tercepat

    Untuk Pendaftaran Hubungi Kontak Kami:
    -LINE : itubola757
    -WHATSAPP : +85517696120

    > Pusat Bantuan ItuBola <

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...