Apabila berlakunya hari kiamat, semua manusia dan makhluk yang lain
mati akibat tiupan sangkakala oleh malaikat Izrafil. Masa itu yang
tinggal hanyalah Iblis sahaja. Ketika itu, Iblis dikatakan mual dan
pening kepala akibat bunyi sangkakala yang menakutkan itu.
Munculnya Malaikat Zabaniyah dihadapan Iblis dan mengatakan
“Bahawasanya, semua makhluk di muka bumi ini telah mati, oleh itu, Allah
telah menunaikan janjiNya untuk menarik nyawa kamu pada hari kiamat”.
Rupa malaikat itu amat menakutkan, wajah yang bengis dan memegang rantai
besi yang panas dari neraka dan dihujungnya seperti cangkuk besar yang
boleh menghancurkan badan jika sekali dihayun.
Iblis pada ketika itu menangis dan berlari sekeliling dunia. Kemana
sahaja dia lari, dia akan ternampak malaikat itu, dia lari sehingga ke
suatu kawasan, dia terduduk keletihan. Dia memandang ke belakang dan
ternampak malaikat itu dan melarikan diri ke makam Nabi Adam. Sampai di
Makam Nabi Adam A.S. dia mencemuh dan marah “Di sebabkan engkau aku jadi
begini! Di sebabkan kau, aku dihina dikeji dan dibuang dari Syurga! Di
sebabkan kau, aku masuk neraka!”.
Tiba-tiba malaikat itu muncul di belakang Iblis mengatakan, “Apa yang
kau lakukan semua ini bukan salah Adam, tetapi kesalahan engkau kerana
tidak mahu mematuhi perintah Allah yang maha Esa” Cangkuk itu dihayun
dan tertusuk di badan Iblis itu dan ditarik nyawanya dengan penuh
kekerasan, Semasa ditarik Iblis menjerit kesakitan yang diupamakan jika
manusia terdengar bunyi Iblis menjerit, Semua manusia boleh mati akibat
jeritan yang amat kuat.
Sampai di neraka, Iblis memanggil ahli-ahli neraka dan mereka
berkumpul hadapan mereka dengan cemuhan, jeritan, sesalan dan lain-lain,
keadaan di neraka itu amat menakutkan dan penuh dengan rintihan dan
tangisan. Iblis mengatakan ”Sesungguhnya, Allah telah memberi kamu
pilihan, Tetapi engkau menyalahkan aku sebab aku yang memberi pengaruh
kepada kamu semua, Sedangkan ada Nabi-Nabi telah mengajar kamu, Bahawa
Allah, Tuhan yang satu, Tetapi engkau telah memilih jalan lain, kerana
keputusan ditangan engkau, aku hanya memberi pendapat aku sahaja.
Sesungguhnya, dalam situasi sekarang ini, Aku tidak boleh menolongmu,
Engkau tidak boleh menolongku, Jadi Semuanya salah diri anda sendiri,
bukan aku, aku hanya bercakap sahaja, tapi engkau yang mempunyai
petunjuk depan mata kamu, kamu mengingkari akibat janji-janji palsu aku.
ammar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan