Khamis, 19 Disember 2013

Resepi - Cendawan Goreng Tepung Rangup

Assalamualaikum.
Selamat Tengahari semua.
Dah makan ke belum ni?
Mesti ada yang tengah tercari-cari resepi apa yang nak di masak tengahari ni kan.
Almaklumlah, sibuk bekerja sampai tak ada masa nak masak.
Hari ini Mira akan bagi resepi yang agak mudah dan cepat untuk di masak.
RESEPI CENDAWAN GORENG ISTIMEWA
 

BAHAN-BAHAN :
  • 1 paket cendawan (cendawan biasa yang buat masak sayur)
  • Tepung gandum 
  • Tepung goreng ayam 
  • 1 sudu besar lada hitam (yang telah dikisar)
  • 1 sudu serbuk cili
  • 2 biji telur
  • Sedikit serbuk kunyit (untuk pewarna)
  • Garam secukup rasa. 
  • Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA-CARA :
  1. Cuci cendawan sehingga bersih dan carik-carikkan cendawan sehingga menjadi sederhana kecil.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung goreng ayam, lada hitam yang telah dikisar, serbuk cili, sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaulkan bahan-bahan terebut sehingga rata.
  3. Pecahkan 2 biji telur dan kacaukan sehingga sekata.
  4. Masukkan cendawan ke dalam telur dan gaul-gaulkan.
  5. Kemudian masukkan pula cendawan ke dalam tepung. Gaulkan sehingga sekata.
  6. Panaskan minyak ke dalam kuali.
  7. Apabila minyak telah panas, masukkan cendawan ke dalam kuali. 
  8. Siap untuk dihidangkan. Resepi yang mudah, cepat dan yang paling penting "SEDAP" 
 http://aylliarimasiprincess.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...