Rabu, 25 Disember 2013

Cool – 10 Tempat Eksotik & Menarik Di Dunia


Di dunia ini, terlalu banyak tempat eksotik. Ada antaranya sudah kita ketahui dan ada pula yang belum. Dan pada post ini, kami kongsikan antara 10 tempat eksotik yang ada kat dunia ni yang mana kesemuanya tidak pernah pun kami ketahui (dan mungkin anda juga).. Cekidaut~

1. Wisteria Tunnel (Terowong Wisteria)
Wisteria Tunnel
Terowong Wisteria terletak di Kawachi Fuji Gardens di Kitakyushu, Jepun. Apa yang menarik dengan terowong ini ialah adanya pokok-pokok bunga berlainan warna yang tergantung dan kelihatan seperti sebuah taman.
 


2. Cinque Terre, Italy
Cinque Terre italy
Cinque Terre adalah sebahagian daripada pantai di rantau Liguria Itali. Teres yang dibina di atas landskap lasak menjadi tarikan pelancongan yang sangat popular.
3. Hotel La Montaña Mágica
Hotel La Montana Magica
Seperti berada di alam fantasi. Hotel La Montaña Mágica adalah sebuah hotel yang berbentuk seperti gunung yang mengalirkan air dari atas. Senang cakap, air terjun. Hotel La Montaña Mágica terletak di Huilo Huilo, sebuah rizab swasta di rantau Los Rios, Chile.

4. The Crooked Forest
The Crooked Forest
Crooked Forest ini terletak betul-betul di luar Nowe Czarnowo, Barat Pomerania, Poland. Mengandungi kira-kira 400 pokok pain dengan batang yang bengkok. Pokok-pokok tersebut telah ditanam sekitar tahun 1939. Sehingga kini, bagaimana pokok-pokok tersebut berbentuk sedemikian rupa masih tidak diketahui.

5. Tunnel Of Love (Terowong Cinta)
Tunnel Of Love
Terowong yang dikelilingi dengan pokok gergasi ini terletak di Kleven, Ukraine dan suatu ketika dahulu ianya adalah sebuah terowong kereta api. Kenapa dipanggil terowong cinta? Ianya hanyalah gelaran yang diberi oleh penduduk tempatan kerana ianya tempat yang popular dilawati oleh pasangan yang sedang bercinta dan juga suami isteri.

6. Blue Lagoon Hot Springs
Blue Lagoon Hot Springs
Blue Lagoon Hot Springs ini terletak di Iceland dan ianya adalah buatan manusia. Walau bagaimanapun, air dipanaskan secara semulajadi oleh aktiviti gunung berapi di pulau itu. Menurut penduduk sekitar, Blue Lagoon Hot Springs akan kelihatan amat indah pada musim bersalji, dan airnya juga masih terasa hangat.

7. Ice Canyon
ice canyon
Ice Canyon yang terletak di Greenland ini terbentuk oleh Meltwater dan ianya sedalam 150 kaki (45 meter).

8. Ball Pyramid
Ball Pyramid
Ball Pyramid adalah tindanan laut tertinggi di dunia. Ia adalah tinggalan gunung berapi yang terbentuk kira-kira 7 juta tahun lalu. Ketinggian Ball Pyramid ini adalah 562 meter dan terletak di tenggara pulau Lord Howe di Lautan Pasifik.

9. The Great Barrier Reef
The Great Barrier Reef
Merupakan sistem terumbu karang yang terbesar di dunia. Ia terletak di Laut Karang, di luar pantai Queensland, Australia. Jangan tidak tahu, anda boleh melihat The Great Barrier Reef ini dari angkasa lepas kerana ianya begitu besar. Tempat ini adalah destinasi yang sangat popular bagi kaki skuba.

10. Plitvice Lakes National Park
Plitvice Lakes National Park
Plitvice Lakes National Park adalah taman negara yang tertua di Eropah Tenggara dan merupakan taman terbesar di Croatia. Taman ini dipenuhi dengan pemandangan hijau yang indah dan air terjun yang menakjubkan.
zon bebas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...