Jumaat, 27 Disember 2013

Rahsia Disebalik Lesung Pipit

Lesung Pipit
Lesung pipit
Ada masyarakat percaya lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan hujung cili ke pipi bayi. Ini tidak benar kerana lesung pipit terjadi akibat variasi pada otot muka. Lesung pipit boleh muncul di kedua-dua belah pipi atau hanya di salah satunya sahaja dan biasanya akan terlihat dengan jelas pada wajah seseorang ketika mereka tersenyum, tertawa atau bercakap
 
 

Sebab paling biasa terjadinya lesung pipit adalah kerana kecacatan pada otot muka - otot yang terhasil pendek. Sedikit sebanyak menjelaskan mengapa lesung pipit pada muka tidak sentiasa kelihatan apabila seseorang itu dalam keadaan rehat (pegun) kerana ketika itu otot yang 'cacat' ini biasanya dalam keadaan asalnya (pendek). Tindakan seperti senyum akan memaksa otot tadi bekerja menyebabkan kulit muka tertarik dan lekukan akan kelihatan.

Sesetengah kes, otot yang terhasil pendek ini boleh meregang perlahan-lahan mengikut perubahan masa. Itulah sebabnya ada orang yang mempunyai lesung pipit ketika mereka masih muda sahaja tetapi ia sudah tidak kelihatan apabila mereka semakin berusia.

Jika salah seorang daripada pasangan suami isteri mempunyai lesung pipit,  25-50%  kebarangkalian anak yang bakal lahir akan mewarisi lesung pipit. Jika kedua-dua mereka mempunyai lesung pipit, kebarangkalian tadi akan meningkat kepada 50-100%. Ia merupakan 'kecacatan' yang mudah diturunkan kepada keturunan masing-masing.

Lesung pipit/pipi dalam Bahasa Inggeris disebut dimple/+s juga boleh terbentuk pada bahagian badan yang lain, contohnya bahagian dagu dan punggung.
kongsakongsi
dimpled chin
John Travolta - ikon "lesung dagu"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...