Bagi kebanyakan orang, perkahwinan ialah suatu perkara terhebat yang
berlaku dalam hidup mereka. Namun, kebanyakan daripada mereka sebenarnya
tidak faham dan tidak sedar bahawa perkahwinan ialah suatu perkongsian
yang paling sukar untuk dikendalikan.
Jika pasangan tersebut tidak memiliki ilmu pengetahuan yang cukup dan
jelas, mereka pasti akan menghadapi alam perkahwinan dengan begitu
sukar. Setiap pasangan perlu faham bahawa mereka berada dalam dunia yang
baru, dunia yang jauh berbeza berbanding dunia sebelum mereka
berkahwin.
Namun, ada juga pasangan yang dapat menjalani perkahwinan dengan
penuh ketenangan dan penuh bahagia. Terdapat beberapa langkah bagi
mengatasi keretakkan dan kesuraman dalam perkahwinan iaitu:
1. Cipta kebahagiaan dan kegembiraan
Berasa bahagia dan gembira ialah salah satu faktor terpenting untuk memperoleh perkahwinan
yang berjaya. Kegembiraan ialah kunci untuk memastikan perkahwinan anda
berjalan lancar. Kegembiraan perlu datang terlebih dahulu sebelum
datangnya perkahwinan yang lancar dan teguh.
Bagi mengelakkan penamat yang sedih dalam perkahwinan anda, anda
perlu belajar untuk membina kegembiraan dalam perkahwinan anda. Untuk
melakukannya, anda perlu menggembirakan pasangan anda terlebih dahulu
sebelum memikirkan kegembiraan anda. Apabila pasangan anda gembira, anda
juga pasti akan gembira pada akhirnya.
Apa yang anda beri, itulah yang akan anda dapat.
2. Belajarlah untuk mendengar
Brendan Francis pernah berkata,”Seorang lelaki sudah separuh jalan
untuk mencintai seorang wanita yang mendengar kata-katanya”. Jika anda
seorang wanita dan sedang berdepan masalah perkahwinan dengan suami
anda, mungkin kata-kata tersebut boleh memberi sedikit gambaran kepada
anda betapa pentingnya kuasa mendengar.
Perkahwinan bermakna anda bersedia untuk bersikap
terbuka dengan pasangan anda iaitu menjadi seorang yang boleh
berkomunikasi dengannya dan juga setia mendengar apa jua kata-katanya.
3. Apa yang anda beri, itulah yang akan anda dapat
Kebanyakan orang yang terbiasa dengan kehidupan bujang
pasti hanya akan memikirkan perihal dirinya sahaja. Sebab itulah
apabila telah berkahwin, mereka seolah-olah terbawa-bawa dengan perangai
lama dan tidak mempedulikan pasangan masing-masing.
Jadi, untuk membolehkan pasangan anda memberikan layanan terbaik
kepada anda, anda patut terlebih dahulu memberikan layanan sebaik
mungkin kepadanya, jangan terlalu pentingkan diri sendiri.
4. Jangan malu untuk meminta maaf
Berselisih faham atau berbeza pendapat sudah menjadi lumrah dalam
perkahwinan. Anda seharusnya memahami perkara ini iaitu tiada pasangan
yang sempurna, yang langsung tiada cacat cela.
Cara dan pengurusan masalah seperti ini yang membezakan setiap
pasangan berbanding pasangan yang lain. Anda berdua harus belajar untuk
berkomunikasi dengan berkesan dalam menyatakan pendapat atau pandangan
anda kepada pasangan.
Jangan berebut-rebut untuk bercakap pada masa yang sama. Biarkan
salah seorang bercakap terlebih dahulu dan berikan masa kepadanya untuk
menerangkan kata-katanya manakala yang tidak bercakap mesti mendengar
dengan penuh perhatian. Jangan takut untuk mengaku kesalahan jika
terbukti anda yang bersalah dan bersikap jujurlah dengannya serta jangan
malu untuk meminta maaf kepadanya.
Sepatutnya setiap pasangan mesti sentiasa saling meminta maaf
terutamanya ketika berlaku sebarang konflik dalam rumah tangga. Belajar
juga untuk saling memaafkan dan pupuklah sikap percaya sepenuhnya kepada
pasangan.
5. Luangkan masa bersama pasangan
Di awal perkahwinan pasti semua pasangan berasa bahagia dan gembira.
Mereka pasti meluangkan masa untuk bercuti atau melawat tempat-tempat
menarik bersama-sama.
Namun, masa terus berlalu dan masing-masing semakin sibuk dengan
urusan harian selari dengan bertambahnya tanggungjawab untuk dipikul
dalam keluarga menyebabkan mereka mengabaikan pasangan mereka.
Ambillah masa untuk kembali bersama pasangan dan cuba seimbangkan
dengan keperluan pasangan dengan urusan harian. Jika ada masa terluang,
ajaklah pasangan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan
bersama-sama.
pakar cinta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan