Jumaat, 27 Disember 2013

Apa Yang Paling Hebat di Dunia Ini??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.pagi ni aku nak sambung semula penulisan yang aku ter'publish' petang semalam. Entah apa benda yang aku fikirkan masa tu sampai tak sedar tertekan 'publish' tu. Sejak dua menjak ini, otak aku fikir banyak sangat benda yang aku sendiri tak tahu kenapa aku mesti fikirkan perkara sebegitu. Tapi tak mengapa, itu hanya sekadar pembuka bicara dan ia langsung tiada hubungan persaudaraan pun dengan 'entry' kali ini.

Berbalik pada soalan yang juga merupakan tajuk utama kepada 'entry' ini.

Apa Yang Paling Hebat di Dunia Ini??

Soalan apa pulak yang sedang aku ajukan ni?? Soalan bonus? Soalan bodoh? Soalan kepada persoalan??
 

"Budak-budak pun boleh jawab la soalan kau tu. Bagilah soalan yang bernas sikit..."

Jadi, apa jawapannya? Budak-budak memanglah boleh jawab. Bayi pun boleh jawab. Itupun kalau bayi tu boleh bercakap. Semua orang boleh bagi jawapan. Tak kira umur, pangkat, darjat, keturunan dan sebagainya. Cuma, tak semua boleh jawab dengan jawapan yang betul, tepat, padat dan sensasi.


Jawapan :

Budak 1: mestilah ultraman. Dia boleh lawan raksasa. Dia selamatkan bumi. Dia boleh terbang.

Budak 2: Alah... kau ni, bagi la jawapan bernas sikit. Power Ranger lagi kuat la. Mereka ramai. Ada yang 4, 5 dan 7 ahlinya. Betul tak??

Budak 3: Eh, mana ade.. kite punye Transformer lagi kuat tau. Amacam? Nak lawan tak?

Budak 4: Tak aci la macam tu.. aku punye superhero lagi kuat la. Takpe2... (merajuk)



Nak tahu jawapan yang sebenar tak???

Kesemua Budak: Nak!!!!


Yang paling hebat di dunia ni hanyalah DIA. Malah DIA telah ciptakan sendiri manusia yang telah hasilkan superhero kamu tu semua.

DIA lah ALLAH SWT. Tiada yang lebih berkuasa melainkan-NYA. Tiada yang lebih hebat dari-NYA. DIA yang Maha Kuasa. DIA yang menciptakan segala sesuatu yang terdapat di langit dan di bumi. Kehebatan-NYA terpamer pada setiap keindahan, pemandangan, laut, bukit, gunung ganang dan semua yang ada. Bahkan diri kita ini sendiri adalah bukti akan kekuasaan-NYA.

ALLAH Maha Kuasa. Makhluk langsung tiada kuasa.


SUBHANALLAH.. (terima kasih adik-adikku sayang)


p/s: besar sungguh pengaruh cerita sebegini terhadap mereka.
http://kum-pun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...