Kepulauan Mamanuca
Pulau Monuriki, Fiji
Pulau Monuriki, adalah merupakan salah sebuah pulau di antara 20 buah pulau-pulau kecil yang terdapat di Kepulauan Mamanuca, Fiji. Kebanyakan pulau-pulau
yang terdapat di kepulauan Mamanuca adalah merupakan destinasi percutian yang paling popular di Fiji dengan
resort pulau yang indah dan pasir pantai yang bewarna putih. Antara yang terkenal adalah Yasawa island.
Pulau Monuriki
Pulau Monuriki
Pulau Monuriki
Pulau Monuriki, Tidak Berpenghuni
Monuriki
adalah sebuah pulau kecil yang tidak berpenghuni di Lautan Pasifik, di
luar pantai Viti Levu dalam kumpulan pulau yang dikenali sebagai
Kepulauan Mamanuca . Pulau ini adalah berasal dari limpahan gunung berapi dan kira-kira 1 kilometer panjang dan 600 meter lebar. Kira-kira 0.4 kilometer persegi kawasan pantai dikelilingi oleh terumbu karang. Puncak tertinggi dari aras laut adalah 178 m. Pulau ini tidak berpenghuni kerana tidak ada sumber
air semulajadi selain dari air laut.
Lokasi Penggambaran Cast Away
Pulau
ini merupakan lokasi penggambaran bagi filem Robert Zemeckis, Cast Away, yang dibintangi Tom Hanks. Pulau ini menjadi tarikan pelancong selepas filem Cast Away ditayangkan. Dalam filem ini watak Chuck
Noland, yang dimainkan oleh Tom Hanks, telah menghabiskan
kehidupannya bersendirian di pulau ini selama kira-kira empat tahun .
Tom Hanks Dalam "Cast Away"
http://myblogsantai.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan