Titanic ($150 Juta)
Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal didunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yang paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)
Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)
Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.
MetroLink Crash ($500 Juta)
Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.
B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)
B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yang pernah dibina oleh US.
Exxon Valdez ($2.5 Billion)
Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon
apesal
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan