Sabtu, 10 Mac 2012

Pelajar Nur Al Barakah Sambung Pengajian Ke Yaman

Seramai 21 pelajar Pusat Rawatan dan Pemulihan Nur Al Barakah berjaya menyambung pengajian di Maahad Darul Musthafa, Tamrin, Yaman.

Mudir pusat pemulihan ini, Ustaz Mat Tormizi Md Arof berkata, dengan pemilihan pelajar ke maahad tersebut sesuatu yang membanggakan dan diharap mereka dapat membimbing anak-anak remaja yang lain setelah mereka kembali ke tanahair kelak.

“Anak-anak adalah anugerah Allah, jadi tanggungjawab kita untuk mendidik mereka, pusat ini telah berjaya melahirkan pelajar yang berwibawa dan berakhlak mulia.


 “Maka, seramai 21 pelajar berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke Maahad Darul Musthafa di Yaman, ini amat membanggakan ibu bapa, jika sebelum ini anak-anak ini dikatakan mempunyai masalah, tetapi hari ini mereka berjaya menjadi insane yang berjaya, mudah-mudahan di dunia dan akhirat,” ujar beliau pada Majlis Anugerah dan Penyampaian Sijil Kali Pertama.

Penyampaian sijil-sijil disampaikan oleh Ahli Dewan Uudangan Negeri Kupang, YB Johari Abdullah.
Pusat rawatan dan pemulihan ini dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Dr Hamadan Mohamed Khalib pada 27 Jun 2010 yang dapat memuatkan 50 pelajar.

Pusat ini ditubuhkan untuk membantu merawat dan memulihkan remaja-remaja Islam yang terjebak dalam masalah sosial serta mereka yang terlibat dengan pengambilan dadah.

Ianya juga bertujuan membei panduan dan bimbingan kepada remaja Islam tentang halatuju kehidupan mereka yang sebenar serta memberi sinar harapan baru kepada remaja bermasalah bahawa kebahagian dan kejayaan dalam kehidupan akan menjadi milik mereka
.
OPEN : Alhamdulillah......... tu dia sapa kata  orang yang bermaslah tak boleh berubah dan orang Islam yang telah berada dilandasan yang betul. Terus usaha anada lagi
wartakedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...