Jumaat, 13 Julai 2012

Awas!! Serangga Yang Menghisap Darah Haiwan & Manusia

Kehidupan Pepijat Awas!! Serangga Yang Menghisap Darah Haiwan & Manusia
Pepijat merupakan serangga yang digeruni oleh sesetengah orang. Ini kerana sifat semulajadinya yang gemar menghisap darah haiwan dan manusia menjadikan ramai orang merasa takut dengan kehadirannya.
Pepijat yang sering keluar untuk mencari makan diwaktu malam dan bersembunyi di siang hari dalam rekahan dinding batu, dicelah-celah kayu katil dan juga tinggal di belakang bingkai-bingkai gambar boleh membiak dengan cepat.








Tahukah anda seekor serangga pijat betina dewasa boleh bertelur lebih 200 biji sepanjang hayatnya. Biasanya Serangga pijat betina yang tinggal di satu-satu tempat boleh bertelur sehingga 5 biji sehari dan akan mengeramkan telurnya dalam tempoh 10 hari dimusim panas.

Bayangkanlah kalau ada 200 biji Pepijat betina yang tinggal di dalam bilik anda. Jumlah pembiakannya boleh mencecah sehingga 1000 ekor dan proses seterusnya pembiakan akan menjadi lebih besar.jika serangga Ini tidak dibasmi dengan segera ia akan menyukarkan kerja-kerja mengawal dan rawatan pemulihan perlu dilakukan lebih daripada sekali.

Untuk mencapai tahap dewasa, 5 anak serangga pijat yang baru menetas itu tadi perlu menghisap darah manusia.

Pepijat boleh ditemui di celah-celah rekahan tembok batu yang mana ia adalah tempat persembunyiannya di siang hari. Di waktu malam ia akan merayap dan keluar untuk mencari mangsanya yang mungkin sedang nyenyak tidur.

Gigitannya yang tidak terasa akan meninggalkan sedikit kesan bengkak-bengkak kecil yang berwarna merah dan kulit akan mula terasa gatal.

Saiz Pepijat dewasa lebih kurang 1/5 gemar menyembunyikan dirinya dicelah-celah kedutan bantal dan tilam. Pepijat juga akan terus membiak di celahan perabut disudut pintu dan tingkap rumah atau di dalam bilik.

Serangga ini nampak kecil, tetapi ia merupakan serangga yang dahagakan darah haiwan dan manusia untuk hidup.

Adakah anda menjadi mangsanya ? Awas!!!Cara mengatasi masalah serangan serangga pijat…

Jika anda mengalami masalah berkenaan, anda perlu membasmi serangga ini dengan cara :

1. Lakukan pemeriksaan diseluruh kawasan yang terlibat.
Anda hendaklah melakukan pemerikasaan yang teliti diseluruh kawasan untuk mengesan serangga ini. Pastikan anda memerikas di setiap celahan-celahan dinding yang retak, di sudut katil, pada bekas lubang paku dan lain-lain kawasan yang disyaki.

2. Gunakan mesin penyedut habuk untuk membersihkan telurnya.
Jika serangga berkenaan dapat dikesan, anda perlu menggunakan mesin penyedut habuk yang bertujuan untuk membersihkan dan berkemungkinan telurnya juga dapat di sedut dan dibersihkan dengan mesin berkenaan.

3. Membunuh serangga dengan haba pengering rambut.
Kaedah ini tidak dapat dipastikan samada ia berkesan ataupun tidak untuk membunuh semua Pepijat yang ditemui itu. Tapi sekurang-kurangnya ia adalah salah satu langkah-langkah pengawalan serangga tanpa melibatkan bahan kimia atau racun yang mungkin sesuai untuk anda. Ini kerana penggunaan bahan kimia dan racun itu hanya boleh dikendalikan oleh mereka yang terlatih dan berlesen sahaja.

4. Teruskan pemantauan dan ulangi proses diatas pada hari seterusnya.
Jika semua langkah telah dilakukan dengan baik, sila ulangi semula proses itu sekali lagi dan jangan lupa untuk membuat pemantauan pada tempat-tempat yang terlibat seperti yang diterangkan itu tadi.
Di atas adalah tips dan garis panduan yang boleh anda cuba sendiri. Samada ia berkesan ataupun tidak tips ini hanya sebagai panduan sahaja. Namun saya tidak memberikan sebarang jaminan dan ia terpulang terhadap individu itu sendiri.

Nasihat saya ialah : -
Jika tidak berkesan, anda perlu dapatkan khidmat pakar kawalan serangga yang berpengalaman. Mungkin ia dapat membantu anda dengan menggunakan kaedah lain.

Anda boleh menghubungi perunding perkhidmatan kawalan serangga yang berpengalaman dalam bidang ini.
Sekian wasalam

Yg Benar,Unit Klinikal BKEP
.prismajordan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...