Khamis, 19 Julai 2012

Mari Kenali Isteri-Isteri Rasullulah s.a.w

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
Sepanjang hidup Rasullulah, baginda pernah berkahwin dengan 12 orang wanita. Mereka ini adalah ibu kepada semua muslimat, wanita pilihan dan teman baginda di syurga kelak.







1. Saidatina Khadijah al Kubra binti Khuwailid – Sempat bersama Rasulullulah s.a.w selama lima belas tahun sebelum datang wahyu dan tiga tahun selelpas wahyu dan sebelum hijrah....

2. Saidatina Saudah binti Zamaah – Beliau hampir diceraikan oleh Rasullulah s.a.w, namun Saudah memohon kepada Nabi Muhammad s.a.w sememangnya beliau tidak perlu kepada lelaki lain, namun beliau ingin diangkitkan di Padang Mahsyar sebagai isteri baginda s.a.w. Saudah pernah menemani baginda s.a.w selama tiga tahun dan wafat pada usia 55 tahun.

3. Saidatina Aishah Binti Abu Bakar- Baginda s.a.w mengahwininya ketika berusia tujuh tahun di Makkah, iaitu dua tahun sebelum hijrah. Aishah tinggal bersama Rasullullah s.a.w pada usia sembilan tahun dan pada usia laan belas tahun, baginda Rasululullah s.a.w wafat.

4. Saidatina Hafsah binti Umar – Baginda s.a.w pernah menceraikannya, namun Allah memerintahkan Jibril a.s agar Rasullulah s.a.w rujuk kembali kepadanya. Hafsah merupakan seorang ahli ibadat dan memberi rahmat kepada Saidina Umar.

5. Saidatina Ramlah binti Abi Sufian – Dikenali sebagai Ummu Habibah. Berasal dari negara Habshah. Perkahwinan baginda diuruskan oleh Raja Habshah dan baginda memberikan sadaq sebanyak empat ratus dinar.

6. Saidatina Hindun binti Ummaiyah – dikenali dengan nama Ummu Salamah, merupakan isteri Rasullullah s.a.w yang terakhir wafat.

7. Saidatina Juwairah binti al Harith – Merupakan seorang hamba yang dibebaskan dari keluarga Bani Mustaliq

8. Saidatina Sofiah binti Hui Ibn Akhtab – Merupakan puteri dari zuriat Nabi Harun a.s Beliau ditangkap semasa perang Khaibar dan dijadikan pembebasannya sebagai sadaq perkahwinan Rasullulah s.a.w

9. Saidatina Zainab binti Jah’s – Beliau wafat di Madinan pada taun dua Hijarah, merupakan isteri Baginda s.a.w yang pertama wafat selepas Hijrah.

10. Saidatina Maimunah binti al-Harith al Hilaliah – Beliau adalah ibu saudara Khalid ibn al Walid. Beliau adalah isteri baginda yang terakhir. Seorang yang sangat bertaqwa dan mejaga silaturrahim.

11. Saidatina Zainab binti Khuzaimah – Dikenali sebagai Ummul Masikin, iaitu ibu kepada orang-orang miskin. Beliau berkahwin dengan baginda Rasullulah s.a.w pada tahun ketiga Hijrah dan hanya sempat bersama baginda s.a.w selama tiga bulan. Selepas itu beliau wafat.

12. Saiditina Mariah al Qibtiah – Merupakan hadiah dari Raja Mesir kepada Rasullulah s.a.w

penailham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...