Selasa, 3 Julai 2012

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) : Pemegang Ijazah Boleh Mohon Jawatan di Peringkat SPM Dan..

Suruhanjaya Perkhimatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) : Pemegang Ijazah Boleh Mohon Jawatan di Peringkat SPM Dan..
Kalau diikutkan di negara maju, senario bagi pelaksanaan dasar seperti memang sudah menjadi kebiasaan. Di negara-negara maju, ada kalangan pemandu teksi yang memilki Ijazah pun hanya bertugas sebagai pemandu teksi. Itu kisahnya apabila berlaku di negara maju, terbaru Malaysia juga ke arah pelaksanaan dasar seperti itu.







Terbaru, Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam :
  1. Dasar pertama SPA : Membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.
  2. Dasar kedua SPA : Membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
Sekarang ini, ada seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan SPM manakala berdasarkan terbaru mencatatkan seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.

Apabila kita melihat daripada sudut positifnya, dengan lambakan graduan yang mengangur di luar sana mungkin dengan cara ini para graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda tidaklah sampai bertahun-tahun lamanya meneruskan kehidupan secara penganggur dengan cara memohon jawatan rendah dan merasainya sendiri alam pekerjaan yang sebenar dengan dasar keterbukaan seperti ini.

Nanti apabila jawatan-jawatan pangkat pegawai dibuka  semula, mereka-mereka ini boleh memohon semula jawatan tersebut. Tetapi ini sebenarnya hanya dilihat sebagai penyelesaian jangka masa pendek sahaja. Sekurang-kurangnya Suruhanjaya Perkhdimatan Awam (SPA) telah tampil memperkenalkan inisitif terbaru bagi mengurangkan limpahan graduan yang menganggur di luar sana.

Walaubagaimanapun, apa yang kami perhatikan akan ada nanti situasi di mana berlakunya banyak insiden keluar masuk untuk jawatan SPM ini. Secara realitinya, apabila ada kalangan yang memilki diploma Ijazah pastinya tidak mahu kekal lama dengan gaji SPM. Mohon jawatan SPM, pastinya akan dapat gaji SPM sahaja bukan? Berapa lama mereka mahu bertahan?

SPA8i online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) : Pemegang Ijazah Boleh Mohon Jawatan di Peringkat SPM Dan..
Presiden Cuepacs Membantah Dasar Baru SPA ini
 
Akhirnya nanti akan berlaku kenaikan kos tambahan melibatkan proses temuduga, pengambilan kakitangan awam yang baru bagi jawatan SPM, latihan dan lain-lain lagi. Lagipun apa yang kami perhatikan juga ia tampak seolah-seolah bakal menutup peluang para pemegang SPM sahaja. Ini disebabkan dalam kebanyakan kes, pasti yang ada ijazah akan lebih “berketrampilan dan meyakinkan” semasa temuduga.
Apabila bercakap dasar yang meliputi secara majoritinya :
  • Jikalau anda sebagai penemuduga, mana satu pilihan anda. Pemegang Ijazah atau pemegang SPM sahaja?
  • Tambahan pula, yang menghadiri temuduga jawatan SPM nanti datang dari pelbagai latarbelakang ada yang ada Diploma, ada yang ada SPM sahaja tetapi akhirnya gaji tetap ikut tangga gaji SPM juga.

beritasemasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...