1O Tips Berfikiran Positif Untuk Lebih Bahagia dan Lebih Sihat Minda
Berikut adalah 1O tips untu berfikiran positif :-
1 ) Kenalpasti pemikiran negatif yang
ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika anda rasa mood anda
kembali suram berhentilah daripada berfikir tentang mereka sebelum anda
tunduk kepada mereka. Kawal emosi anda, jangan biarkan emosi mengawal
anda.
2 ) Berkawan dengan orang yang berfikiran positif secara tak langsung, anda jugak akan berfikiran positif.
3 ) Orang yang berfikiran negatif boleh
menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkan diri anda daripada orang yang
selalu berfikiran negatif.
4 ) Bersenam dan makan makanan seimbang. Jika anda nampak hebat dari segi luaran, sudah tentu dalamannya juga hebat dan bagus.
5 ) Rajinkan diri untuk mengemas dan
menyusun barang-barang anda. Anda harus dikelilingi oleh benda-benda
yang anda suka dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya gambar
keluarga, buku kegemaran, pokok hiasan, gambar kesenian @ apa saja yang
bermakna buat anda.
6 ) Jika ada seseorang memberitahu anda
yang anda tidak boleh melakukan sesuatu, maka ambillah ia sebagai
cabaran dan buktikan kepada mereka yang anda boleh melakukannya. Ini
adalah peluang kepada anda yang mana mereka tidak boleh @ takut untuk
melakukannya. Jika anda menunjukkan mereka ia boleh dibuat, mungkin
mereka mendapat sumber inspirasi daripada anda atas kejayaan yang anda
perolehi. Anda boleh menjadi contoh kepada mereka untuk mereka
berfikiran positif.
7 ) Apabila anda merasa sangat kecewa
dengan kehidupan anda atas segala nasib malang yang menimpa anda, anda
harus mengingatkan diri anda bahawasanya semua itu adalah dugaan
daripada ALLAH SWT yang hanya menguji kita. Yakin bahawa pasti ada
hikmah di sebalik apa yang berlaku.
8 ) Jadilah sukarelawan dengan
melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan.Bukan sahaja anda menyedari
tentang orang yang mempunyai masalah lebih besar daripada anda, namun
terdapat keadaaan emosional dan kerohanian yang harus anda alami ketika
membantu mereka.
9 ) Hilangkan tekanan. Masalah anda akan
menjadi lebih besar jika anda selalu dalam keadaan tertekan. Dengan
itu, jauhkan diri anda daripada tekanan.
10 ) Teruskan berfikiran positif.
Memulakannya adalah mudah. Cuma mengekalkannya adalah cabaran. Jadikan
ia tabiat anda untuk sentiasa berfikiran positif sehingga ia menjadi
sebahagian daripada hidup anda.
- Ikutilah 1O tips diatas untuk berfikiran positif dan berjaya dalam mencapai lebih kebahagiaan dan kesihatan dalam minda
amirahfaryna.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan